Tuesday, December 18, 2012

Kenapa tuduh kafir?

Menuduh seseorang itu kafir amat berat. Tapi hairan bin ajaib kenapa semasa agama menuduh kafir dengan senang2 saja. Apa sebab sanggup berkata demikian? Sudahkah abis idea lain untuk mempertahankan diri. Entah le...begitu cetek pemikiran mereka. Tindakan bagai tak bermoral itu boleh memecah belahkan. Namun yang menjadikan aku marah yang menuduh itu salah seorangnya berilmu. Dia ada nama dan ramai pengikut. Kini dia seorang pemimpin dalam parti.Siapa lagi kalau buka Datuk Seri AHA. Ulama menggesak supaya AHA menarik balik amanat yang mengkafirkan UMNO. Tuduh UMNO kafir? Mengucap panjang dibuatnya kerana itu tapak perjuangan orang Melayu. UMNO telah banyak berjasa dengan orang Melayu dan bukan Melayu. Ada ulama menyatakan bahawa tuduhan itu bidaah besar serta bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam tempatan. Usah le terus menuduh. Kan lebih baik memperkasakan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Berhati2 dalam menuduh kafir kepada umat Islam kerana ia membahayakan diri. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh tuduhan bahaya kerana ia dikhuatiri akan berbalik kepada orang yang mengeluarkannya.

Monday, December 17, 2012

Cinta terhalang le tu

Baru kenal dah jatuh cinta. Kini dunia dia terasa amat indah. Sering bersama2 semasa makan tengahari dan balik petang. Macam2 cerita mau dikongsikan. Begitu le cerita seorang kawan namanya Iskandar (bukan nama sebenar). Dia berkulit cerah dan wajahnya boleh dikatakan handsome. Seorang yang rajin. Dia mudah tersenyum. Juga peramah. Ada jugak dia kata mau jumpa keluarga aweknya itu. Dia sanggup pandu walau pun jauh. Namun agak begitu cepat sangat jumpa orang tua. Kekawan pun bagi idea supaya dia bersabar. Biar kenal2 dulu. Mujur le dia terima pendapat. Kekawan pun begitu mengambil berat tentang dia. Rakan sepejabat sudah macam adik beradik. Mau dijadikan cerita. Untuk mengisi hujung minggu maka dia bersama awek yg cun ziarah keluarga awek tu. Iskandar berdebar2. Bagai dipukul ombak sunami dadanya. Nafasnya turun naik. Tertanya2 dalam diri apakah penerimaan keluarga awek itu tentang dia. Tak putus2 Iskandar berdoa dalam hati.
Memang amat terduga dia. Kehadiran Iskandar langsung tak dipeduli. Abang awek itu tak nak tengok pun wajah dia apa lagi mau bertegur sapa. Hati2 benar2 remuk. Terasa benci dengan kerenah si abang itu. Iskandar jadi marah. Dia seolah2 kecil sangat di mata mereka. Namun demi cinta Iskandar cuba bertahan. Dia terus berdoa semoga mereka berubah dan menerimanya.

Zakiah Anas Kahwin Lagi

Bukan mau jaga tepi kain Zakiah Anas cuma mau berkongsi cerita terbaru dia saja ni. Syukur le Zakiah Anas sudah dapat pengganti setelah lebih setahun menjadi ibu tunggal. Tentu hati Zakiah Anas telah berbunga2 kini. Senyuman manisnya itu mesti terukir. Siapa lelaki bertuah itu? Zakiah ini junior saya semasa belajar di UITM. Dia ni sisiwa yang baik, cantik dan disenangi ketika belajar dulu. Dia mudah menerima pelawaan senior untuk bekerjasama terutama melaksanakan assignment. Ketika dulu lagi saya dah agak dia akan berjaya dan popular dalam bidang penyiaran.
Zakiah sudah 46 tahun tapi masih cantik dan bergaya. Suaminya berusia 42 tahun dan bekas pelajar di UITM juga. Kononnya mereka sudah kenal sejak 21 tahun yang lalu. Namun hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kedua2 membawa anak masing2. Jadi mereka menjadi keluarga yang besar.Memang wajar dia berkahwin lagi untuk mencari kebahagiaan setelah bertahun2 menunggu untuk menjadi ibu tunggal kerana tiada persefahaman dalam rumahtangganya dulu. Segalanya kerja Tuhan. Namun ada juga rakan dan media merungut kerana tidak dijemput ke majlis pernikahannya baru2 ini. Kenapa gitu? Mungkin disebabkan ini merupakan perkahwinan kedua2 mereka. Tapi apa le mungkin bila mereka buat majlis resepsi nanti akan jemput media dan rakan2.

700 ,000 andartu

Wanita semakin berani berdepan dengan kenyataan. Wanita begitu yakin dengan diri mereka. Sebab itu lebih 700,000 wanita di negara ini dikatakan bergelar andartu atau andalusia tidak menakutkan para wanita masa kini. Biar pun keadaan ini pernah menjadi kerisauan ibu bapa tetapi disebabkan peredaran zaman yang telah menyaksikan wanita moden tidak gentar dengannya. Malahan wanita lewat kahwin atau tidak berkahwin tidak menghantui mereka. Kenapa di luar sana biasanya memandang serong kepada andartu? Salah siapakah ini? Menurut artikal di dalam Siasah bahawa kira2 tujuh tahun yang lalu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah mencadangkan agar Program Bertemu Jodoh diadakan, sekiranya masalah itu semakin meruncingkan. Terdapat beberapa sebab kenapa seseorang wanita itu menjadi andartu. Antaranya ada yang pernah keciwa sehingga serik untuk bercinta dan seterusnya berkahwin. Kedua,Tiada ketemu calon yang menepati citarasa atau ada mengatakan terlalu memilih. Ketiga ada yang belajar dari kegagalan mahligai adik beradik, kekawan dan jiran tetangga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga. Apa lagi jika mereka menyaksikan keganasan seorang lelaki/suami seperti memukul isteri/anak2. Dengan itu mereka lebi rela menjadi andartu dari terseksa hati dan diri. Tidak kurang pula yang lebih selesa hidup sendiri kerana mempunyai kemampuan dari segi duit, pangkat dan sebagainya. Ada juga yang sanggup kahwin lewat kerana memberikan tumpuan untuk memelihara ibu dan ayahnya.
Apa yang penting wanita andartu perlu memelihara diri daripada maksiat dengan mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat. Memang tidak dinafikan macam2 fitnah yang timbul apabila berada dalam zon andartu. Prasangka manusia sekeliling hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kenapa demikian jadinya? Adakah pemikiran mereka terlalu cetek. Tidak semua wanita itu menempah untuk menjadi andartu. Ada kalangan andartu yang terus berusaha mencari calon suami yang sesuai tetapi belum juga diketemukan jodoh. Memang tidak dinafikan jodoh, ajal dan maut segalanya di tangan Allah swt. Jadi para andartu hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan melihat masa bujang sebagai masa lapang yang dianugerahkan oleh Allah.

Wednesday, December 12, 2012

Anak2 kecil menangis disebabkan Harimau Malaya

Perlawanan bola sepak suatu yang hangat. Anak2 kecil terjerit dan menangis di depan tv. Orang2 dewasa tak senang duduk dan terus bercakap dan bercakap. Sesekali menjerit sekuatnya ketika menyaksikan aksi Harimau Malaya. Kenapa agaknya? Ingin dikongsikan di sini, saya jugak pernah join pasukan boleh sepak wanita semasa di kampung dulu.Tak hairan semangat untuk sokong menang untuk Harimau Malaya terus bersemarak. Rasa risau bila bola di pintu gol lawan menyebabkan saya resah. Geram bila bola tersasar. Tapi aku tak sampai marah2kan pemain.
Semasa pasukan Harimau Malaya menentang Indonesia sambutannya memang hebat. Penuh stadium. Jualan tiket laris. Apa taknya peminat dan penyokong dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia masing2 mau ke stadium untuk menyokong. Memang hebat cara kedua2 negara bermain. Yang dahsyat lagi nanti ketika join menonton perlawanan itu jeritan anak2 bersama suami memekakkan telinga. Si anak2 kecil terkejut dan menangis. Begitu hebat semangat bola. Mereka menjerit bila saja bole hampiri ke pintu gol. Namun sayangnya cuma jeritan saja kerana bola tersasar ke tempat lain.
Malam ini Harimau Malaya lawan pasukan Thailand. Mohon pada-Nya pasukan negara akan bertenaga dan bijak bermain sehingga boleh menewaskan pasukan yang gagah itu. Ya Allah permudahkanlah pasukan negaraku Malaysia cemerlang dalam perlawanan itu. Menang, menang dan memang. Ramai penyokong Harimau Negara sanggup ke Thailand demi semangat bola sepak. Mudah2an mereka berhasil serta berjaya membawa kemenangan untuk berlawan seterusnya.

Tuesday, December 11, 2012

Surat cinta pertamaku

Surat cinta pertamaku kuterima ketika berada di tepian pantai. Indah untuk dikenang. Ceritanya bermula gini.... Aku masih ingat lagi peristiwa lebih 35 tahun yang lalu. Ketika itu aku berusia balasan tahun. Aku bersama sahabat dan adik berkelah ke tepi laut. Memang indah laut itu. Ombak berdesir di pantai. Batu2 berdiri megah. Dan aku berdiri di atas batu itu sambil memandang laut. Sayangnya ketka itu aku tak ada kenangan berfoto. Maklum le aku tak punya kamera. Ketika berada di tepian laut itu aku terima sepucuk surat. Surat yang dilipat dua itu kuterima daripada seorang sahabat berkulit hitam manis dan bertubuh kecil. Dia adik kepada seorang sahabat bapaku (arwah).
Aku berdebar2 menerima surat itu. Namun aku tak berani untuk membuka apa lagi untuk membacanya. Aku terasa malu takut2 ada orang yang melihat dia memberikan surat itu kepadaku. Tapi memang debaran itu amat mendugaku. Apabila tiba di rumah aku beranikan diri untuk membuka dan membaca surat itu secara sembunyi. Ya Allah! aku memang panas seluruh tubuh apabila membaca kata2nya yang berbunga2. Kata2nya indah dan mencurah rasa. Mujur le aku tak lupa diri. Aku lipat kembali surat itu dan simpan baik2.

Sahabat Terpisah Disebabkan Cinta

Ingin dikongsi sikit tentang sahabat dan cinta. Ketika bersama sahabat diri terasa selamat dan diambilberat. Namun semasa bersama buah hati (cinta hati) diri terasa bahagia dan dihargai. Ini keadaan biasa dialami dalam kehidupan setiap insan. Namun bukan semua mengalaminya. Ketika belum menemui cinta tentu masa banyak tertumpu kepada sahabat. Sering keluar makan atau jalan2 dengan sahabat. Sahabat menjadi tempat mengadu hal2 diri, keluarga, kerja dan sekitar. Rasa diri amat bertuah mempunyai sahabat yang sedia mendengar dan sedia memberi idea. Boleh dikatakan dia jadi peneman di kala susah dan senang. Jika lama tak jumpa hati rasa sunyi dan bagai suatu kehilangan.
Apabila cinta mengetuk pintu hati tentu akan berlaku perubahan dalam hati dan diri. Mungkin tidak seratus peratus tapi cinta itu boleh menguasai jika tidak dikawal dengan bijak. Semasa seseorang itu dibuai cinta tentunya hatinya sibuk dan dirinya jugak bertukar gerak. Cinta perlu dibaja dan dijaga. Masa banyak dihabiskan bersama. Dunia ini terasa amat indah. Masa bagai terlalu panjang ketika menunggu untuk berjumpa. Andainya lama tak bertemu tentunya rindu menggamit dan bagai dunia ini musnah seketika. Nah! masa bersama sahabat akan terhad. Ada ketika sahabat rasa terpinggir. Jika dulunya selalu berdua kini dia sering seorang dan masa bincang2 santai pun berkurang. Kekawan sekeliling akan perasan dengan perubahan itu. Disebabkan itu le yang sedang bercinta akan diusik berterusan. Makanya sabar aja le....

Makan durian si raja buah

Jom makan buah. Cuma bayar RM10.00 sahaja boleh makan sampai kenyang. Kami pun sahut le kempen itu. Saya bersama suami malam tadi pergi ke tapak pasar malam untuk join pesta makan buah. Dalam mindaku mau makan durian Musang King. Musang King oh Musang King. Kawan2 pejabat cerita kat situ ada durian paling sedap itu. Selain itu buah manggis juga tergambar jelas di mataku. Mau makan kedua2 buah itu. Memang saya suka makan manggis. Kami pun berbaris untuk masuk dan bayar le RM20.00. Kami diberi dua kopon berwarna bidu. Selain dapat air mineral percuma, tisu jugak dibagi percuma. Mataku liar memandang sekeliling. Ramai jugak le orang malam tadi. Kami terus ke kaunter durian. Sayangnya durian Musang King dah habis cuma durian D24 saja yang tinggal. Rasa keciwa jugak le. Tapi niat diteruskan dengan durian D24. Kami ambil dua biji bersaiz sederhana.
Manggis pun dah habis. Sekali lagi saya keciwa. Yang ada cuma buah rambutan yang nampak kurang fresh. Ada yang masih bertangkai tapi buahnya tetap kelihatan sedikit layu. Manggis dan Musang King tinggal kenangan di pesta jom makan buah. boleh dikatakan "Indah khabar dari rupa". Nasib2.... Rupa2nya D24 cuma isinya tebal tapi kurang enak. Ada juga isinya belum masak. Ia masih keras. Sebab itu banyak tertinggal di atas meja durian yang dibuka tapi tak habis dimakan. Mungkin jugak mereka ambil banyak dan dah kenyang menyebabkan durian itu ditinggalkan begitu saja. Rasa sayang mata memandang. Betapa mewahnya makan di negara ini. Kami cuma makan tiga biji durian dan beberapa biji rambutan. Alhamdulilah.....

Merokok itu menempah maut

Rokok itu membahayakan. Ramai yang merokok tanpa menyedari memberi penyakit kepada diri dan keluarga serta orang sekitarnya. Memang ternyata mereka yang merokok itu lebih mudah mendapat kanser paru2. Mereka akhirnya akan mati. Bukan takut mati atau tidak mau mati. Kematian itu pasti datang untuk semua yang hidup.
Ramai perokok tak berdisiplin. Suka hati saja merokok dan membuang pontong rokok merata2. Mereka seolah2 terlalu merdeka. Memang mereka syok sendiri. Malahan ada yang mementing diri sendiri. Rokok adalah segalanya untuk mereka. Contohnya ketika bulan puasa, selepas saja buka puasa ada yang terus merokok sebelum makan nasi dan lain2 makanan. Ada juga yang hilangkan lapar dengan merokok.
Di negara ini ramai perokok tak peka dengan kempen Larangan Merokok atau Hari Tembakau sedunia. Terdapat perokok tak hiraukan kawasan larangan merokok. Malahan sanggup mencemarkan kawasan itu kerana sewenang2nya membuang pontong rokok mereka. Kenapa demikian?

Mimi dan Norman nak dapat baby

Norman Hakim tak lama lagi dapat baby. Tentu dia dalam debaran sekarang ini. Maklum le isteri beliau - Mimi Suhaiza sedang mengandung sekarang ini. Tahniah untuk Mimi kerana telah membuktikan dirinya wanita sejati. Mudah2an segalanya dipermudahkan kandungannya dan kelahiran baby itu nanti. Kalau tak silap saya terbaca kandungan Mimi dah masuk tujuh bulan. Mereka bakal mendapat baby lelaki.
Mimi seorang wanitanya kental dan sabar. Memang tabik spring dengan artis cantik ini. Betapa dia dalam tekanan hanya Allah sahaja yang tau. Maklum le beberapa tahun yang lepas tak dinafikan ramai yang mengutuk sebab kononnya dia penyebab runtuhnya mahligai Norman dan Abby. Namun segala telah berlalu. Kini dia bahagia sebagai isteri Norman. Malahan dia kini mengandung anak Norman. Apa pun segalanya ketentuan Allah swt.
Mimi Suhaiza sudah biasa melayan kerenah anak. Beliau sanggup melayan anak2 tiri walau pun usianya memang muda. Anak2 tirinya pula kelihatan manja dan mesra dengan beliau. Ternyata Mimi berjaya menawan hati anak2 itu. Ini tentu memudahkan beliau melayan anaknya sendiri.
Mula2 dulu saya pun kurang senang dengan Mimi. Namun kini saya suka tengok dia berlakon. Dia berbakat dalam bidang lakonan. Ramai pengarah yang suka mengambil dia berlakon. Ada angin2 kononnya disebabkan dia kerap berlakon ada orang lain tak senang. Kenapa gitu jadinya? Entah le....

Tuesday, December 4, 2012

Risau disebabkan sembelit

Sembelit itu apa? Kenapa ia merisaukan? Adakah ia penyakit yang membahayakan? Bagaimana mau mengubatkan sembelit? Sembelit dihadapi orang wanita dan lelaki. Anak kecil malahan yang masih bayi pun ada yang menghadapi sembelit. Ia seolah2 suatu yang univesal. Dalam majalah Sejahtera Malaysia ada kisah tentang sembelit yang menyatakan bahawa sembelit itu satu gejala dan bukannya satu peenyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dan selalunya disebabkan oleh amalan pemakanan tidak baik atau tidak mengamalkan makanan sihat. Seseorang itu akan menghadapi tanda dan gejala sembelit yang berlainan. Namun yang pasti ia menimbulkan kerisauan. Ada juga yang kurang sihat dan mood tak ceria serta mudah tersinggung dan marah.
Kebiasaannya antara gejala sembelit ialah: 1. Tak membuang air besar beberapa hari atau najis keras dan kering 2. Perut kembung, kejang atau sakit 3. Kurang selera makan 4. Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak2 cuba untuk menahan pembuangan najlis untuk elakkan ketidakselesaan. 5. Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak2.

Mau madukan isteri selepas 15 tahun

Usia dan status wanita itu bukan penghalang. Segalanya kerana cinta. Cinta tak buta tapi yang bercinta itu tak menggunakan mata dan mata hatinya. Ketika mau berkahwin suatu ketika dulu mereka berdua sahaja yang betul. Pendapat adik beradik dan saudara mara tak endahkan lagi. Malahan semuanya seolah2 penghalang bagi mereka. Iyalah masing2 mabuk cinta. Bukan apa keluarga kedua2 pihak risau kerana beza umur mereka ketika itu hampir 15 tahun. Si isteri lebih tua dan telah mempunyai anak. Kni selepas 15 tahun berlalu tiba2 angin cinta mereka berkocak. Cubaankah itu? Si isteri remuk hati. Mood hilang. Selama ini kehidupan mereka aman bahagia. Dia suami yang baik. Isterinya juga seorang taat. Kedua2nya telah bergelar haji dan hajah. Mereka rajin solat lima waktu dan mengaji.
Angin kencang bertiup si suami sedang hangat berkawan dengan seorang janda. Khabarnya dia mau anak. Aduiii gitukah jadinya? Kenapa tak fikir awal2 jika mau anak sejak dulu. Tiba2 saja cinta itu berubah? Mana janji2 mau menjaga isteri sehingga akhir hayat. Si isteri berkata dia tak halang kahwin suaminya tapi dia tak mau bermadu. Dia telah berpengalaman 30 tahun yang lalu dimadukan ketika bersama suami pertamanya.Dia tak mau berulang kisah lama. Madu itu manis tapi pahit bagi seorang wanita. Apa lagi jika suami kurang ilmu dan iman. Perjuangan isterinya terus berdoa. Sentiasa membaca quran dan yassin setiap kali abis solat. Kini suami seolah2 berubah. Manun kepercayaan isteri telah robek. Dan dia seolah perasan kepercayaan itu menipis. Si Suaminya bertanya" ...percaya abang ke?" Isteri.... "percaya."

Apa dah jadi dengan bahasa Melayu ????


Aku begitu hairan kenapa kalangan orang Melayu kurang perjuangkan Melayu. Lebih sedih lagi mereka sanggup berbahasa Inggeris. Kononnya mau pelbagainya kemampuan bahasa di kalangan anak2. Satu tindakan yang bagus! Tapi jangan sampai anak2 tak mahir berbahasa Melayu. Apakah yang mereka mahu? Adakah disebabkan dalam diri mereka itu ada sifat bahasa Melayu ini biasa saja ? Atau tidak tahu atau faham erti perjuangan bangsa? Yang nyata Melayu itu mempunyai wilayah yang luas. Dan bahasa Melayu pernah mencipta sejarahnya suatu ketika dahulu. Ia menjadi bahasa perdagangan semasa Zaman Kegemilangan Melayu Melaka. Pedagang China dan India datang ke Melaka untuk berniaga.

Kini bahasa Melayu semakin nipis kuasanya berbahasa. Kebanyakan orang Melayu yang terpelajar lebih senang berbahasa Inggeris. Malahan di rumah juga kurang berbahasa Melayu. Ada juga kalangan mereka mengaku kurang fasih berbahasa Melayu. Kenapa begitu jadinya. Aku pernah terbaca dan mendapat maklumat bahawa ada juga kalangan pakar bahasa Melayu bercakap dengan anak2 mereka di rumah bukan dalam bahasa kebangsaan itu. Pakar2 bahasa yang veteran memang latar belakang pendidikannya dalam bahasa Inggeris. Jadi tak hairan mereka lebih selesa berbahasa Inggeris. Mereka cuma pakar bahasa Melayu dan menyediakan maklumat tentang bahasa itu. Selain itu, mereka ini menjadi rujukan dan memberi ceramah serta menulis buku2 berkaitan bahasa.

Bahasa Melayu menjadi rojak. Kenapa begitu? Adakah disebabkan mau dilihat pakai berbahasa Inggeris sanggup rojakkan bahasa Melayu? Hanya mereka sendiri sahaja yang tahu menjawabnya. Bahasa rojak bagai menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia. Cuma orang Melayu sendiri berbuat demikian. Bila agaknya persepsi berubah tentang bahasa Melayu itu klasnya tak setanding dengan bahasa Inggeris. Memang menyedihkan jika ia diterap hingga ke hujung nyawa setiap generasi.

Kini ramai di kalangan ibubapa lebih suka menghantar anak2 mereka ke sekolah Cina sejak tadika lagi. Kononnya senang bila dewasa nanti melaksanakan perniagaan. Bahasa Manderin itu berperanan penting bagi mereka yang berniaga. Mungkin ada kebenarannya tapi kena awasi supaya jangan sampai tidak lancar dan mahir berbahasa Melayu. Kegagalan berbahasa Melayu dengan baik menunjukkan budaya pemikiran mereka telah dijajah. Kita jangan mudah lupa bahawa bahasa itu pusaka yang perlu dipelihara dan pulihara.

Jadi siapa yang perlu perjuangan bahasa Melayu itu. Kita perlu peka di kalangan orang bukan Melayu perjuangan mereka tidak jelas. Ini disebabkan mereka juga memperjuangkan bahasa mereka seperti bahasa Cina dan Tamil. Jadi bagaiamana jika orang Melayu sendiri tidak positif langkahnya dalam perjuangkan bahasanya. Lebih malang lagi terdapat di kalangan bukan Melayu terasa sepeti dijadikan Melayu atau Islam jika bercakap dalam masa itu. Lebih teruk lagi mereka malu dan bagai tidak ada standard jika berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Sampai begitu sekali persepsi mereka.


Kini pihak pemimpin atasan kini cuba untuk memartabat bahasa ibunda itu. Ini satu tindakan yang amat baik dan perlu disokong sepenuhnya. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa perdagangan. Semangat berbahasa Melayu itu menebalkan lagi jati diri sebagai anak Melayu. Alangkah baiknya jika bahasa Melayu menjadi seperti bahasa Indonesia. Ramai orang barat mahir berbahasa Indonesia. Kenapa? Tentunya disebabkan bahasa itu lebih ditonjolkan oleh para pejuangnya. Orang Indonesia semangat patriotiknya lebih baik. Mereka bangga dengan bangsa dan bahasa sendiri. Perjuangan mereka berterusan sehingga buku2, drama2 dan filem2 asing/antarabangsa banyak diterjemahkan dalam bahasa Indonesia.

Aku amat ingin melihat supaya setiap anak Melayu mahir berbahasa Melayu. Cinta dan pengorbanan memperjuang bahasa yang indah itu kental bersama jati diri. Biar apapun yang orang lain kata mereka sanggup pekakkan telinga dan buangkan segalanya jauh2. Bahasa Melayu ada kuasa keindahannya tersendiri.

Apa sebab nak kahwin lagi?

Kenapa mesti nak kahwin lagi? Apakah sebab mau kahwin lain sedangkan sudah beristeri. Isteri itu pula seorang yang baik dan taat. Keperluan dan kemauan sang suami semuanya dipatuhi dan dipenuhi. Memang bukan mudah untuk menjawab persoalan ini. Pelbagai jawapan yang diperolehi. Biasanya bila sang suami nak kahwin atau mau pasang kedua, ketiga atau keempat mesti jadi bualan sekeliling. Baru2 ini cerita seorang sang suami mau kahwin lagi. Saya cuma dengar dan tak mau komen apa2. Yang terjentik di benak hati adalah rasa kasian kepada sang isteri. Betapa remuk hati dia. Terbayang2 wajah sang isteri di mataku. Tentu dia kini senyum dalam tangisan. Atau diam memendam rasa. Tapi saya tau dia seorang yang tabah. Yang pasti dia lebih berusia dari suaminya. Namun mereka berkahwin atas dasae cinta 15 tahun yang lalu. Nah! adakah cinta itu semakin menipis? Dia suami yang amat baik. Itu le kata isterinya. Selama mereka hidup dia tak pernah marah2 apa lagi menjentik atau memukul. Alhamdulilah jika macam itu. Cuma isterinya amat terkilan apabila sejak beberapa bulan ini dia mula berbohong. Mungkin cubaan untuk mereka.Namun selepas isterinya naik berang dan pengsan kerana menjumpai sesuatu dalam kereta, dia dah mula berubah. Kononnya begitu le. Dia berjanji akan terus menjaga isteri dan anaknya. Jika pun dia berkahwin biar le statusnya bujang kerana isterinya sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Kemanakah arah bahasa melayu?

Aku terkedu apabila melihat sebuah bus. Tertera tulisan dengan cantik nama empunya bus itu. Siap dengan logo kerajaan lagi. Sayangnya semuanya menggunakan perkataan bahasa Inggeris. Bus yang berwarna kelabu gelap itu bergerak ke arah kiri sebaik sahaja lampu isyarat berwarna hijau. Mataku terus memandangnya sehingga hilang dari penglihatan. Hatiku berbisik kemanakah hilangnya tulisan dalam bahasa Melayu? Siapa yang buat kerja bodoh itu? Dia sanggup membelakangkan bahasa sendiri. Jika untuk orang luar atau pelanggan dari luar negara pun biar le dua2 bahasa digunasama. Amat memalukan tindakan seperti itu. Perkara ini nampak kecil tapi impaknya besar. Orang yang lupa asal usul sahaja yang sanggup buat demikian. Atau mindanya memang telah dijejah dengan bahasa Inggeris. Atau dia memang malu berbahasa Melayu. Atau takut orang luar negara tak faham. Entah le seolah2 fikiran masih dijajah. Minda belum merdeka.