Tuesday, December 4, 2012
Apa sebab nak kahwin lagi?
Kenapa mesti nak kahwin lagi? Apakah sebab mau kahwin lain sedangkan sudah beristeri. Isteri itu pula seorang yang baik dan taat. Keperluan dan kemauan sang suami semuanya dipatuhi dan dipenuhi. Memang bukan mudah untuk menjawab persoalan ini. Pelbagai jawapan yang diperolehi. Biasanya bila sang suami nak kahwin atau mau pasang kedua, ketiga atau keempat mesti jadi bualan sekeliling.
Baru2 ini cerita seorang sang suami mau kahwin lagi. Saya cuma dengar dan tak mau komen apa2. Yang terjentik di benak hati adalah rasa kasian kepada sang isteri. Betapa remuk hati dia. Terbayang2 wajah sang isteri di mataku. Tentu dia kini senyum dalam tangisan. Atau diam memendam rasa. Tapi saya tau dia seorang yang tabah. Yang pasti dia lebih berusia dari suaminya. Namun mereka berkahwin atas dasae cinta 15 tahun yang lalu. Nah! adakah cinta itu semakin menipis?
Dia suami yang amat baik. Itu le kata isterinya. Selama mereka hidup dia tak pernah marah2 apa lagi menjentik atau memukul. Alhamdulilah jika macam itu. Cuma isterinya amat terkilan apabila sejak beberapa bulan ini dia mula berbohong. Mungkin cubaan untuk mereka.Namun selepas isterinya naik berang dan pengsan kerana menjumpai sesuatu dalam kereta, dia dah mula berubah. Kononnya begitu le. Dia berjanji akan terus menjaga isteri dan anaknya. Jika pun dia berkahwin biar le statusnya bujang kerana isterinya sudah tidak ada lagi di dunia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment