Tuesday, December 4, 2012
Kemanakah arah bahasa melayu?
Aku terkedu apabila melihat sebuah bus. Tertera tulisan dengan cantik nama empunya bus itu. Siap dengan logo kerajaan lagi. Sayangnya semuanya menggunakan perkataan bahasa Inggeris. Bus yang berwarna kelabu gelap itu bergerak ke arah kiri sebaik sahaja lampu isyarat berwarna hijau. Mataku terus memandangnya sehingga hilang dari penglihatan.
Hatiku berbisik kemanakah hilangnya tulisan dalam bahasa Melayu? Siapa yang buat kerja bodoh itu? Dia sanggup membelakangkan bahasa sendiri. Jika untuk orang luar atau pelanggan dari luar negara pun biar le dua2 bahasa digunasama. Amat memalukan tindakan seperti itu.
Perkara ini nampak kecil tapi impaknya besar. Orang yang lupa asal usul sahaja yang sanggup buat demikian. Atau mindanya memang telah dijejah dengan bahasa Inggeris. Atau dia memang malu berbahasa Melayu. Atau takut orang luar negara tak faham. Entah le seolah2 fikiran masih dijajah. Minda belum merdeka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment