Tuesday, December 4, 2012

Apa dah jadi dengan bahasa Melayu ????


Aku begitu hairan kenapa kalangan orang Melayu kurang perjuangkan Melayu. Lebih sedih lagi mereka sanggup berbahasa Inggeris. Kononnya mau pelbagainya kemampuan bahasa di kalangan anak2. Satu tindakan yang bagus! Tapi jangan sampai anak2 tak mahir berbahasa Melayu. Apakah yang mereka mahu? Adakah disebabkan dalam diri mereka itu ada sifat bahasa Melayu ini biasa saja ? Atau tidak tahu atau faham erti perjuangan bangsa? Yang nyata Melayu itu mempunyai wilayah yang luas. Dan bahasa Melayu pernah mencipta sejarahnya suatu ketika dahulu. Ia menjadi bahasa perdagangan semasa Zaman Kegemilangan Melayu Melaka. Pedagang China dan India datang ke Melaka untuk berniaga.

Kini bahasa Melayu semakin nipis kuasanya berbahasa. Kebanyakan orang Melayu yang terpelajar lebih senang berbahasa Inggeris. Malahan di rumah juga kurang berbahasa Melayu. Ada juga kalangan mereka mengaku kurang fasih berbahasa Melayu. Kenapa begitu jadinya. Aku pernah terbaca dan mendapat maklumat bahawa ada juga kalangan pakar bahasa Melayu bercakap dengan anak2 mereka di rumah bukan dalam bahasa kebangsaan itu. Pakar2 bahasa yang veteran memang latar belakang pendidikannya dalam bahasa Inggeris. Jadi tak hairan mereka lebih selesa berbahasa Inggeris. Mereka cuma pakar bahasa Melayu dan menyediakan maklumat tentang bahasa itu. Selain itu, mereka ini menjadi rujukan dan memberi ceramah serta menulis buku2 berkaitan bahasa.

Bahasa Melayu menjadi rojak. Kenapa begitu? Adakah disebabkan mau dilihat pakai berbahasa Inggeris sanggup rojakkan bahasa Melayu? Hanya mereka sendiri sahaja yang tahu menjawabnya. Bahasa rojak bagai menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia. Cuma orang Melayu sendiri berbuat demikian. Bila agaknya persepsi berubah tentang bahasa Melayu itu klasnya tak setanding dengan bahasa Inggeris. Memang menyedihkan jika ia diterap hingga ke hujung nyawa setiap generasi.

Kini ramai di kalangan ibubapa lebih suka menghantar anak2 mereka ke sekolah Cina sejak tadika lagi. Kononnya senang bila dewasa nanti melaksanakan perniagaan. Bahasa Manderin itu berperanan penting bagi mereka yang berniaga. Mungkin ada kebenarannya tapi kena awasi supaya jangan sampai tidak lancar dan mahir berbahasa Melayu. Kegagalan berbahasa Melayu dengan baik menunjukkan budaya pemikiran mereka telah dijajah. Kita jangan mudah lupa bahawa bahasa itu pusaka yang perlu dipelihara dan pulihara.

Jadi siapa yang perlu perjuangan bahasa Melayu itu. Kita perlu peka di kalangan orang bukan Melayu perjuangan mereka tidak jelas. Ini disebabkan mereka juga memperjuangkan bahasa mereka seperti bahasa Cina dan Tamil. Jadi bagaiamana jika orang Melayu sendiri tidak positif langkahnya dalam perjuangkan bahasanya. Lebih malang lagi terdapat di kalangan bukan Melayu terasa sepeti dijadikan Melayu atau Islam jika bercakap dalam masa itu. Lebih teruk lagi mereka malu dan bagai tidak ada standard jika berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Sampai begitu sekali persepsi mereka.


Kini pihak pemimpin atasan kini cuba untuk memartabat bahasa ibunda itu. Ini satu tindakan yang amat baik dan perlu disokong sepenuhnya. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa perdagangan. Semangat berbahasa Melayu itu menebalkan lagi jati diri sebagai anak Melayu. Alangkah baiknya jika bahasa Melayu menjadi seperti bahasa Indonesia. Ramai orang barat mahir berbahasa Indonesia. Kenapa? Tentunya disebabkan bahasa itu lebih ditonjolkan oleh para pejuangnya. Orang Indonesia semangat patriotiknya lebih baik. Mereka bangga dengan bangsa dan bahasa sendiri. Perjuangan mereka berterusan sehingga buku2, drama2 dan filem2 asing/antarabangsa banyak diterjemahkan dalam bahasa Indonesia.

Aku amat ingin melihat supaya setiap anak Melayu mahir berbahasa Melayu. Cinta dan pengorbanan memperjuang bahasa yang indah itu kental bersama jati diri. Biar apapun yang orang lain kata mereka sanggup pekakkan telinga dan buangkan segalanya jauh2. Bahasa Melayu ada kuasa keindahannya tersendiri.

No comments:

Post a Comment