Tuesday, December 4, 2012
Mau madukan isteri selepas 15 tahun
Usia dan status wanita itu bukan penghalang. Segalanya kerana cinta. Cinta tak buta tapi yang bercinta itu tak menggunakan mata dan mata hatinya. Ketika mau berkahwin suatu ketika dulu mereka berdua sahaja yang betul. Pendapat adik beradik dan saudara mara tak endahkan lagi. Malahan semuanya seolah2 penghalang bagi mereka. Iyalah masing2 mabuk cinta. Bukan apa keluarga kedua2 pihak risau kerana beza umur mereka ketika itu hampir 15 tahun. Si isteri lebih tua dan telah mempunyai anak.
Kni selepas 15 tahun berlalu tiba2 angin cinta mereka berkocak. Cubaankah itu? Si isteri remuk hati. Mood hilang. Selama ini kehidupan mereka aman bahagia. Dia suami yang baik. Isterinya juga seorang taat. Kedua2nya telah bergelar haji dan hajah. Mereka rajin solat lima waktu dan mengaji.
Angin kencang bertiup si suami sedang hangat berkawan dengan seorang janda. Khabarnya dia mau anak. Aduiii gitukah jadinya? Kenapa tak fikir awal2 jika mau anak sejak dulu. Tiba2 saja cinta itu berubah? Mana janji2 mau menjaga isteri sehingga akhir hayat.
Si isteri berkata dia tak halang kahwin suaminya tapi dia tak mau bermadu. Dia telah berpengalaman 30 tahun yang lalu dimadukan ketika bersama suami pertamanya.Dia tak mau berulang kisah lama. Madu itu manis tapi pahit bagi seorang wanita. Apa lagi jika suami kurang ilmu dan iman.
Perjuangan isterinya terus berdoa. Sentiasa membaca quran dan yassin setiap kali abis solat. Kini suami seolah2 berubah. Manun kepercayaan isteri telah robek. Dan dia seolah perasan kepercayaan itu menipis.
Si Suaminya bertanya" ...percaya abang ke?"
Isteri.... "percaya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment