Tuesday, December 4, 2012
Risau disebabkan sembelit
Sembelit itu apa? Kenapa ia merisaukan? Adakah ia penyakit yang membahayakan? Bagaimana mau mengubatkan sembelit? Sembelit dihadapi orang wanita dan lelaki. Anak kecil malahan yang masih bayi pun ada yang menghadapi sembelit. Ia seolah2 suatu yang univesal.
Dalam majalah Sejahtera Malaysia ada kisah tentang sembelit yang menyatakan bahawa sembelit itu satu gejala dan bukannya satu peenyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dan selalunya disebabkan oleh amalan pemakanan tidak baik atau tidak mengamalkan makanan sihat.
Seseorang itu akan menghadapi tanda dan gejala sembelit yang berlainan. Namun yang pasti ia menimbulkan kerisauan. Ada juga yang kurang sihat dan mood tak ceria serta mudah tersinggung dan marah.
Kebiasaannya antara gejala sembelit ialah:
1. Tak membuang air besar beberapa hari atau najis keras dan kering
2. Perut kembung, kejang atau sakit
3. Kurang selera makan
4. Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak2 cuba untuk menahan pembuangan najlis untuk elakkan ketidakselesaan.
5. Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak2.
Labels:
Makanan sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment