Tuesday, December 11, 2012
Mimi dan Norman nak dapat baby
Norman Hakim tak lama lagi dapat baby. Tentu dia dalam debaran sekarang ini. Maklum le isteri beliau - Mimi Suhaiza sedang mengandung sekarang ini. Tahniah untuk Mimi kerana telah membuktikan dirinya wanita sejati. Mudah2an segalanya dipermudahkan kandungannya dan kelahiran baby itu nanti. Kalau tak silap saya terbaca kandungan Mimi dah masuk tujuh bulan. Mereka bakal mendapat baby lelaki.
Mimi seorang wanitanya kental dan sabar. Memang tabik spring dengan artis cantik ini. Betapa dia dalam tekanan hanya Allah sahaja yang tau. Maklum le beberapa tahun yang lepas tak dinafikan ramai yang mengutuk sebab kononnya dia penyebab runtuhnya mahligai Norman dan Abby. Namun segala telah berlalu. Kini dia bahagia sebagai isteri Norman. Malahan dia kini mengandung anak Norman. Apa pun segalanya ketentuan Allah swt.
Mimi Suhaiza sudah biasa melayan kerenah anak. Beliau sanggup melayan anak2 tiri walau pun usianya memang muda. Anak2 tirinya pula kelihatan manja dan mesra dengan beliau. Ternyata Mimi berjaya menawan hati anak2 itu. Ini tentu memudahkan beliau melayan anaknya sendiri.
Mula2 dulu saya pun kurang senang dengan Mimi. Namun kini saya suka tengok dia berlakon. Dia berbakat dalam bidang lakonan. Ramai pengarah yang suka mengambil dia berlakon. Ada angin2 kononnya disebabkan dia kerap berlakon ada orang lain tak senang. Kenapa gitu jadinya? Entah le....
Labels:
Artis Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment