Tuesday, December 11, 2012

Merokok itu menempah maut

Rokok itu membahayakan. Ramai yang merokok tanpa menyedari memberi penyakit kepada diri dan keluarga serta orang sekitarnya. Memang ternyata mereka yang merokok itu lebih mudah mendapat kanser paru2. Mereka akhirnya akan mati. Bukan takut mati atau tidak mau mati. Kematian itu pasti datang untuk semua yang hidup.
Ramai perokok tak berdisiplin. Suka hati saja merokok dan membuang pontong rokok merata2. Mereka seolah2 terlalu merdeka. Memang mereka syok sendiri. Malahan ada yang mementing diri sendiri. Rokok adalah segalanya untuk mereka. Contohnya ketika bulan puasa, selepas saja buka puasa ada yang terus merokok sebelum makan nasi dan lain2 makanan. Ada juga yang hilangkan lapar dengan merokok.
Di negara ini ramai perokok tak peka dengan kempen Larangan Merokok atau Hari Tembakau sedunia. Terdapat perokok tak hiraukan kawasan larangan merokok. Malahan sanggup mencemarkan kawasan itu kerana sewenang2nya membuang pontong rokok mereka. Kenapa demikian?

No comments:

Post a Comment