Tuesday, December 11, 2012
Makan durian si raja buah
Jom makan buah. Cuma bayar RM10.00 sahaja boleh makan sampai kenyang. Kami pun sahut le kempen itu. Saya bersama suami malam tadi pergi ke tapak pasar malam untuk join pesta makan buah. Dalam mindaku mau makan durian Musang King. Musang King oh Musang King. Kawan2 pejabat cerita kat situ ada durian paling sedap itu. Selain itu buah manggis juga tergambar jelas di mataku. Mau makan kedua2 buah itu. Memang saya suka makan manggis.
Kami pun berbaris untuk masuk dan bayar le RM20.00. Kami diberi dua kopon berwarna bidu. Selain dapat air mineral percuma, tisu jugak dibagi percuma. Mataku liar memandang sekeliling. Ramai jugak le orang malam tadi. Kami terus ke kaunter durian. Sayangnya durian Musang King dah habis cuma durian D24 saja yang tinggal. Rasa keciwa jugak le. Tapi niat diteruskan dengan durian D24. Kami ambil dua biji bersaiz sederhana.
Manggis pun dah habis. Sekali lagi saya keciwa. Yang ada cuma buah rambutan yang nampak kurang fresh. Ada yang masih bertangkai tapi buahnya tetap kelihatan sedikit layu. Manggis dan Musang King tinggal kenangan di pesta jom makan buah. boleh dikatakan "Indah khabar dari rupa". Nasib2....
Rupa2nya D24 cuma isinya tebal tapi kurang enak. Ada juga isinya belum masak. Ia masih keras. Sebab itu banyak tertinggal di atas meja durian yang dibuka tapi tak habis dimakan. Mungkin jugak mereka ambil banyak dan dah kenyang menyebabkan durian itu ditinggalkan begitu saja. Rasa sayang mata memandang. Betapa mewahnya makan di negara ini. Kami cuma makan tiga biji durian dan beberapa biji rambutan. Alhamdulilah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment