Tuesday, December 11, 2012
Sahabat Terpisah Disebabkan Cinta
Ingin dikongsi sikit tentang sahabat dan cinta. Ketika bersama sahabat diri terasa selamat dan diambilberat. Namun semasa bersama buah hati (cinta hati) diri terasa bahagia dan dihargai. Ini keadaan biasa dialami dalam kehidupan setiap insan. Namun bukan semua mengalaminya.
Ketika belum menemui cinta tentu masa banyak tertumpu kepada sahabat. Sering keluar makan atau jalan2 dengan sahabat. Sahabat menjadi tempat mengadu hal2 diri, keluarga, kerja dan sekitar. Rasa diri amat bertuah mempunyai sahabat yang sedia mendengar dan sedia memberi idea. Boleh dikatakan dia jadi peneman di kala susah dan senang. Jika lama tak jumpa hati rasa sunyi dan bagai suatu kehilangan.
Apabila cinta mengetuk pintu hati tentu akan berlaku perubahan dalam hati dan diri. Mungkin tidak seratus peratus tapi cinta itu boleh menguasai jika tidak dikawal dengan bijak. Semasa seseorang itu dibuai cinta tentunya hatinya sibuk dan dirinya jugak bertukar gerak. Cinta perlu dibaja dan dijaga. Masa banyak dihabiskan bersama. Dunia ini terasa amat indah. Masa bagai terlalu panjang ketika menunggu untuk berjumpa. Andainya lama tak bertemu tentunya rindu menggamit dan bagai dunia ini musnah seketika.
Nah! masa bersama sahabat akan terhad. Ada ketika sahabat rasa terpinggir. Jika dulunya selalu berdua kini dia sering seorang dan masa bincang2 santai pun berkurang. Kekawan sekeliling akan perasan dengan perubahan itu. Disebabkan itu le yang sedang bercinta akan diusik berterusan. Makanya sabar aja le....
Labels:
Tentang Cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment