Tuesday, December 18, 2012
Kenapa tuduh kafir?
Menuduh seseorang itu kafir amat berat. Tapi hairan bin ajaib kenapa semasa agama menuduh kafir dengan senang2 saja. Apa sebab sanggup berkata demikian? Sudahkah abis idea lain untuk mempertahankan diri. Entah le...begitu cetek pemikiran mereka. Tindakan bagai tak bermoral itu boleh memecah belahkan.
Namun yang menjadikan aku marah yang menuduh itu salah seorangnya berilmu. Dia ada nama dan ramai pengikut. Kini dia seorang pemimpin dalam parti.Siapa lagi kalau buka Datuk Seri AHA.
Ulama menggesak supaya AHA menarik balik amanat yang mengkafirkan UMNO. Tuduh UMNO kafir? Mengucap panjang dibuatnya kerana itu tapak perjuangan orang Melayu. UMNO telah banyak berjasa dengan orang Melayu dan bukan Melayu. Ada ulama menyatakan bahawa tuduhan itu bidaah besar serta bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam tempatan.
Usah le terus menuduh. Kan lebih baik memperkasakan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Berhati2 dalam menuduh kafir kepada umat Islam kerana ia membahayakan diri. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh tuduhan bahaya kerana ia dikhuatiri akan berbalik kepada orang yang mengeluarkannya.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment