Wednesday, January 2, 2013
Artis Zarina Anjoulie dan dadah
Apa jadi dengan artis seksi yang seorang ini. Dia antara pelakon dan model yang kontroversi juga. Adakah kemungkinan dia akan ke penjara? Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan memiliki dadah. Teman lelakinya itu bernama Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi 27 tahun. Namun mereka tidak mengaku bersalah. Benarkah mereka tidak bersalah atau tidak memiliki dadah pemusnah negara itu.
Mereka boleh menerima hukuman penjara lima (5) tahun atau denda RM100,000 atau kedua2nya, jika sabit kesalahan. Bukankah ini suatu yang amat memalukan. Selain itu ia merosakkan imej dan masa depan.
Buat apalah menyusahkan diri dengan melibatkan diri dengan najlis dadah ini (jika betul). Tindakan ini tentunya menjejaskan imej artis. Kebetulan sebelum ini terdapat beberapa artis yang terlibat dengan dadah. Sewajarnya perkara ini tidak berlaku kerana sebagai artis mereka menjadi idola peminat. Semestinya mereka menunjukkan imej yang baik.
Berbalik kepada Zarina ini tiada siapa ahli keluarga yang datang untuk ikat jamin dia atas pertuduhan memeiliki dadah. Mujurlah ada seorang kawan sanggup datang untuk menjamin tetapi tidak diterima kerana tiada pertalian keluarga. Jadi apa akan berlaku kepada Zarina? Memang mahkamah membenarkan kedua2 tertuduh diikat jamin masing2 sebanyak Rm200 dengan syarat penjamin dari kalangan ahli keluarga. Sebutan ditetapkan pada 8 Februari akan datang.
Kini Zarina bermalam di penjara. Manakala rakannya dibenarkan pulang setelah membayar wang jaminan RM2000 menerusi abangnya. Maka, tinggalkan Zarina di penjaran. Apalah agaknya bermain dalam minda gadis cantik itu. Sebelum ini Zarina pernah enggan menjalani ujian air kencing selepas ditahan di LCCT selepas disyaki mengambil dadah jenis ketamin. Pelbagai perkara kontrovesi Zarina buat sehingga ada yang tidak senang kerana menjejaskan imej artis. Kenapa agaknya dia suka menimbulkan kontrovesi?
Labels:
dadah pemusnah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment