Thursday, January 3, 2013
Bahasa Melayu di IPTA
Ingin dikongsikan hasil bacaan saya mengenai analisis isu2 di akhbar Cina. Penulis berkenaan menyentuh pelajar Cina tidak mau mmasuk ke IPTA sebab penggunaan Bahasa Melayu. Amat menyedihkan. Kenapa berlaku demikian? Terlalu kebelakang ke Bahasa Kebangsaan ini ? Mana semangat kenegaraan mereka? Ada yang menyatakan bila keluar dari IPTA rugi dan susah cari kerja. Betul ke seperti itu? Ramaipun yang dapat kerja di kalangan graduan lulusan IPTA. Mungkin itu hanya alasan mereka mau utamakan bahasa Inggeris. Entah le pilihan masing2. Sebab itu, selepas tamat persekolahan menengah mereka kebanyakannya melompat masuk kolej dan universiti swasta. Mereka tidak mau masuk ke tingkatan enam.
Selepas tamat A level mereka masuk universiti swasta atau belajar ke luar negara. Segalanya disebabkan mau belajar dalam bahasa Inggeris.Ini disebabkan di IPTS menggunakan bahasa Inggeris. Jadi tak hairan le mereka tak fasih berbahasa Melayu atau memang tak tau berbahasa Melayu. Wajarkah demikian sedang hidup di bumi Malaysia.
Bila belajar sendiri faham2 saja le kosnya. Disebabkan tak mau belajar di IPTA bermakna masyarakat Cina sendiri yang menanggung beban pendidikan mereka dan bukannnya pihak Kerajaan. Oleh itu segala kemudahan di IPTA tentunya tidak dapat mereka rasai. Jadi mereka sendiri yang pilih untuk menggunakan duit yang banyak untuk tampungkan pelajaran anak2 ke luar negara atau di IPTS.
Jika diperhatikan memang benar amat susah untuk menyatukan semua bangsa bila keadaan demikian berterusan. Dengan kata lain ia menjejaskan usaha menyatukan dan mencipta persefahaman antara kaum. Hakikatnya bila belajar di IPTS apa lagi bila berada di luar negara tentunya pendekatan pendidikannya berbeza sehingga tidak dititikberatkan sejarah, pendidikan Islam dan nilai2 patriotik. Pembelajaran di IPTS cuma melatih pelajar mengenai realiti alam pekerjaan dan profesional.
Andainya kurang pendedahan tentang keadaan negara sendiri tentunya rasa cinta dan bangga itu tidak tebal. Malahan ada yang amat nipis jati diri sehingga sanggup memandang rendah negara sendiri. Makanya, tak hairan timbul tak puas hati dan sentiasa memberontak jiwanya bila kemahuan tak dipenuhi.
Adakah disebabkan ITPS mendapat sambutan dari kalangan pelajar bukan Melayu, makanya dikorbankan penggunaan Bahasa Melayu di IPTA. Tentunya sama sekali tidak. Ini disebabkan penggunaan bahasa kebangsaan itu di IPTA suatu perjuangan demi memartabatkan bahasa berkenaan. Kenapa mesti mudah dijajah minda hanya disebabkan bahasa Inggeris itu diutamakan di IPTS. Negara Jepun, Paris, Belanda dan Jerman tetap berbangga dengan bahasa mereka sendiri.
Labels:
Bahasa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment