Thursday, January 3, 2013
Rahsia ubi kentang
Suatu ketika dulu seorang rakan serumah amalkan makan kentang kerana mau punggungnya seksi. Memang punggungnya kecil sahaja. Setiap petang dia akan rebus kentang. Namun tak terfikir pula untuk makan kentang walaupun dia mempelawa saya. Memang ubi kentang kaya dengan karbohirat.
Adakah ubi kentang mempunyai khasiat lain untuk tubuh badan kita? Ada kajian menunjukkan dengan mengambil kira2 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Manakala kandungan kalium dalam kentang boleh melegahkan hipertensi.
Carina Lipold seorang pakar kesihatan menyatakan bahawa, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet. Ini disebabkan ia penuh dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan indeks kekenyangan tinggi.
Katanya lagi, kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.
Selain itu, kentang juga sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya. Ia boleh menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.
Jadi tidak hairan banyak digunakan atau dicampurkan dalam makanan seperti kari, sup, kuih, rojak, sambal dan sebagainya.
Labels:
Makanan sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment