Friday, January 4, 2013
Rumpai Laut
Wahai rakan blog sekalian. Petang begini saya ingin berkongsi tentang sejenis produk alam, iaitu rumpai laut. Rumpai ini banyak khasiatnya. Yang paling terkenal ialah kolegen. Ada kajian menyatakan rumpai laut itu ibu segala kolegen. Kandungan kolegennya lebih banyak daripada sirip ikan yu. Masa kini belum ramai yang makan rumpai laut walaupun ia sudah diperkenalkan. Saya biasa makan rumpai laut atau dipanggil latoh (bahasa Bajau) yang berwarna hijau. Di kampung saya rumpai laut itu seperti ada daun berbentuk bulat. Jika ke pasar kraftangan di Kota Kinabalu rumpai laut dijual setompok2. Harganya murah saja, iaitu RM1.00 atau Rm2.00. Makan dengan limau atau sambal kacang. Memang sedap dengan perasa masin2 laut.
Kini rumpai laut atau latoh telah mula dikomersalkan. Lalu ia akan memberi pendapatan kepada penduduk di Semporna.
Semasa berada di pekan Semporna saya nampak berguni2 rumpai ini disediakan berdekatan dengan hotel penginapan kami untuk pemborong. Ini satu kemajuan untuk hasil laut. Harap2 produk ini diusahakan secara halal dan bakal bersaing dengan sirip ikan yu.
Selain itu semasa berjalan2 di pasar Tawau pula rumpai laut telah dikeringkan dan dijual dalam plastik dengan banyaknya. Ia terdapat dalam dua warna- putih susu dan ungu. Sempat saya beli dua bungkus.
Dalam perjalanan ke airport Tawau, Hamdan (kenalan baru) memperkenalkan jel rumpai laut. Kami singgah di taman perumahan dan saya membeli dua paket jel itu. Warnanya krim dan memang menakjubkan. Ia diusahakan oleh orang tempatan. Jel itu boleh dimakan begitu saja atau dicampurkan dalam minuman seperti oren. Ia juga boleh dijadikan mask muka bagi menghaluskan kulit. Sewajarnya bagus kerana kolegennya original. Betapa besarnya anugerah Tuhan memberi kolegen dari hasil laut.
Labels:
Makanan sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment