Monday, January 7, 2013

Terukir Di Bintang Juara AJL27 di TV3

Memang saya tak begitu yakin Aizat boleh membawa lagu ciptaan Yuna - Terukir Di Bintang. Aizat lelaki yang punya lenggok suara berbeza dengan lenggok Yuna. Ketika dapat tau Yuna tak dapat hadirkan diri dalam majlis AJL27 hati saya terdetik susah lagu itu untuk jadi juara. Maklum le Yuna punya aura tersendiri. Apa lagi bila tau Aizat yang ganti Yuna. Saya bukan tak yakin dengan bakat Aizat tapi lagu itu lagu perempuan.Namun tunggu dan lihat saja le. Kini ternyata Aizat dapat buktikan dan pecahkan keyakinan saya kerana dia berjaya merealitikan lagu Terukir di bintang menjadi juara AJL27 yang menerima RM35,000 berserta trofi.
Ketika menonton majlis anjuran tv3 itu awal2 lagi saya terpesona dengan bakat, suara dan lagu Shila Hamzah. Terdetik dalam hati lagu ini ada peluang untuk menjadi juara AJL tahun ini. Black juga menyanyi dengan amat bagus sekali. Anak didik Mas Idayu ini punya bakat dan suara yang ada klasnya tersendiri. Dia berjaya juga sebagai persembahan terbaik dengan lagu Teman Pengganti dengan dkongsikan hadiah dan gelaran itu bersama RJ. Mereka menerima RM10,000 dan trofi.
Lagu naib juara bertajuk Idola nyanyian Azlan & The Taipwritter memang tak ada dalam mindaku. Mereka membawa pulang Rm15,000 dan trofi. Sebenarnya, saya kurang minat dengan kumpulan ini. Malahan saya tak tau pun lagu popular mereka. Saya terus ternanti2 nama Hafiz dipanggil. Syukur le dia menang vokal terbaik untuk lagu Ku Akui hasil ciptaan Ajai. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi. Ganjaran wang nombor dua yang penting Hafiz dapat pertahankan gelaran itu tiga tahun berturut2. Aku memang suka dengan bakat hafiz ini.
Amatlah gembira juga jika Hafiz dan Adira menang dengan lagu Ombak Rindu. Lagu itu seolah2 menang semasa dipentas kerana penonton bersorak riuh apa lagi dengan kemunculan hero kacak Aaron Aziz. Dia mendokong Adira dan Adira pulak lentok dalam pelukan Aaron. Hehehe Mereka mendendangkan lagu itu penuh emosi dan menyentuh perasan cuma rezekinya tak ada untuk menang.
Saya puji pemilihan artis yang membuat persembahan. Sebagai contoh Misha Omar dengan lagu Bunga2 Cinta dan Ziana Zain dengan lagu Fatalistik. Kedua2 mereka bukan sahaja anggun dan cantik di pentas tapi kekuatan vokal yang cukup mantap. Memang saya amat terpesonakan. Begitu juga bila di akhir majlis dibawa ke pentas papa rock- Ramli Sarip. Aduiii dia memang ada kekuatan yang tersendiri. Tambahan pula ada Aris, Rahmat, Joey dll. Suasana nampak meriah walaupun sudah lewat malam.
TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH TV3.

No comments:

Post a Comment