Monday, January 7, 2013
Seorang lelaki tak suka UMNO
Tidak dinafikan masa kini ramai bercerita pasal PRU13. Tajuk politik paling popular. Macam2 tajuk disentuh. Ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. Mereka yang suka kerajaan ceritanya agak tenang . Namun mereka yang tak suka kerajaan ceritanya panas dan penuh dengan prasangka. Ada masanya rasa bersalah kerana mendengar mereka mengutuk dan memfitnah yang tak ada buktinya. Baru2 ada seorang lelaki Melayu dan kakitangan swasta. Dia bekerja di syarikat telekomunikasi. Dia tidak suka dengan UMNO. Katanya banyak perkara tak betul UMNO buat. Terlupa saya tanya dia pernahkah jadi ahli UMNO. Bila saya minta jelaskan kenapa dan mengapa. Dia kata pulak UMNO tak salah tapi orang dlm UMNO yang tak betul. Ada yang terlalu lama dan perlu tukar dengan orang baru.
Semakin lama dia bagi komen semakin jelas dia lebih pro pembangkang. Saya cuba terangkan dan kongsikan apa yang patut. Ternyata individu ini amat cetek ilmunya. Mungkin dia banyak mendengar maklumat tak tepat. Atau dia mudah terpengaruh. Atau memang dia sudah set minda semua yang ada sekarang tak betul. Dia kata jika pembangkang menang UMNO tak relevan lagi. Amboiii sampai begitu sekali pandangannya. Ternyata dia begitu taksub untuk berubah. Kononnya mau memperbaiki keadaan. Menurutnya, apa salahnya pembangkang menang kerana bila tak baik nanti boleh tukar lagi. Punya teruklah pemikiran seperti ini. Mungkin dia fikir tukar kerajaan itu macam tukar baju. Mana semangat jati diri. Dia fahamkah siapa dalam pembangkang itu? Jangan jadi macam rakyat Pulau Pinang mau tukar kerana tak puas hati kononnya. Nah! padan muka mereka kerana harapan mereka musnah. Tanam padi tumbuhnya lalang.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment