Monday, January 7, 2013
Pasal Bahasa Melayu
Tiba2 saya meluat. Lagaknya macam masuk pejabat di luar negara. Saya buat bodoh saja bila dia tanya ttg bos.
Di sini ingin dikongsi tentang komen seorang wanita muda datang ke pejabat bersama seorang lelaki Pakistan. Kedua2nya masih muda. Mereka datang kerana ada temujani dengan bos. Konon2nya ada cadangan program untuk memajukan perkhidmatan. Kami diarah sekali untuk bersama2 dalam pembentangan itu.
Sayang seribu kali sayang semua pembentangan dalam bahasa Inggeris. Saya amat terkilan bila si wanita menyatakan terjemahan tidak disediakan dalam bahasa Melayu. Alasannya ialah orang Malaysia pandai berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kenapa demikian jadinya sedangkan mereka menyedia berbelas bahasa lain. Kalau diikutkan hati mau saja saya keluar dari sesi pembentangan itu. Wanita bukan Melayu itu tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Sepatutnya jika mereka masuk ke jabatan/kementerian agensi kerajaan menggunakan bahasa Melayu. Ini sebaliknya mereka pulak pandai2 membuat keputusan sendiri membentangkan kertas dalam bahasa asing itu. Wanita itu menyatakan terdapat beberapa kementerian sudah menggunakan perkhidmatan mereka. Pergi mampus le dengan perkhidmatan mereka jika tak menghormati bahasa ibunda negara ini.
Saya akui sepanjang pembentangan mereka saya memang tidak selesa. Sesekali menyapa dan benci tengok mereka. Mujur le sesekali wanita bermata sepit itu bercakap Melayu. Itu pun boleh dikira dengan jari. Kedengaran bunyinya tidak le jangkal sangat pun. Cuma memang dia tak mau berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Tak standard kot! Manakala yang lelaki itu langsung tak bercakap Melayu. Mungkin tak tau cakap. Jika macam itu memang dia seorang lelaki tak malu datang ke negara ini. Sepatutnya sebelum buat pembentangan dia kena le tau sikit2 bahasa Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment