Showing posts with label dadah pemusnah. Show all posts
Showing posts with label dadah pemusnah. Show all posts
Wednesday, January 2, 2013
Artis Zarina Anjoulie dan dadah
Apa jadi dengan artis seksi yang seorang ini. Dia antara pelakon dan model yang kontroversi juga. Adakah kemungkinan dia akan ke penjara? Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan memiliki dadah. Teman lelakinya itu bernama Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi 27 tahun. Namun mereka tidak mengaku bersalah. Benarkah mereka tidak bersalah atau tidak memiliki dadah pemusnah negara itu.
Mereka boleh menerima hukuman penjara lima (5) tahun atau denda RM100,000 atau kedua2nya, jika sabit kesalahan. Bukankah ini suatu yang amat memalukan. Selain itu ia merosakkan imej dan masa depan.
Buat apalah menyusahkan diri dengan melibatkan diri dengan najlis dadah ini (jika betul). Tindakan ini tentunya menjejaskan imej artis. Kebetulan sebelum ini terdapat beberapa artis yang terlibat dengan dadah. Sewajarnya perkara ini tidak berlaku kerana sebagai artis mereka menjadi idola peminat. Semestinya mereka menunjukkan imej yang baik.
Berbalik kepada Zarina ini tiada siapa ahli keluarga yang datang untuk ikat jamin dia atas pertuduhan memeiliki dadah. Mujurlah ada seorang kawan sanggup datang untuk menjamin tetapi tidak diterima kerana tiada pertalian keluarga. Jadi apa akan berlaku kepada Zarina? Memang mahkamah membenarkan kedua2 tertuduh diikat jamin masing2 sebanyak Rm200 dengan syarat penjamin dari kalangan ahli keluarga. Sebutan ditetapkan pada 8 Februari akan datang.
Kini Zarina bermalam di penjara. Manakala rakannya dibenarkan pulang setelah membayar wang jaminan RM2000 menerusi abangnya. Maka, tinggalkan Zarina di penjaran. Apalah agaknya bermain dalam minda gadis cantik itu. Sebelum ini Zarina pernah enggan menjalani ujian air kencing selepas ditahan di LCCT selepas disyaki mengambil dadah jenis ketamin. Pelbagai perkara kontrovesi Zarina buat sehingga ada yang tidak senang kerana menjejaskan imej artis. Kenapa agaknya dia suka menimbulkan kontrovesi?
Wednesday, July 11, 2012
Maut kena renjatan - dadah pemusnah

Aku setuju penagih itu lebih mati daripada terus hidup. Pelbagai masalah timbul dengan kewujudan mereka. Kita tak perlu risau dengan keadaan mereka sebab mereka sendiri yang mau dadah itu. Memang aku amat benci dadah. Dadah pemusnah bangsa dan negara. Banyak wang dibazirkan untuk menampung kos memulihkan penagih dadah. Buang masa saja....
Baru2 ini di Klang,seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah mati akibat terkena renjatan elektrik. Kenapa gitu wahai penagih? Apa lagi dia mau mencuri kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Tengku Kelana. Mujurlah renjatan berlaku menyebabkan terselamat kemudahan awam itu dari dicuri.Dia sanggup menggadai nyawa semata2 untuk dadah. Elok juga dia meninggal dunia cepat bagi mengelakkan lebih banyak rekod jenayah dibuatnya. Sebelum ini mangsa itu telah memiliki tiga(3) rekod jenayah membabitkan kesalahan dadah dan curi.
Dadah tidak pernah mengenal mangsanya siapa. Yang mau mengenal mangsanya adalah pembekal yang tujuannya semata2 untuk wang dan akhirnya kaya. Sapa pembekal itu? Ramai bukan daripada orang Melayu. Malahan sekarang ni bangsa antarabangsa le. Wajarnya pembekal dadah itu dibunuh semuanya.....baru aman agaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


