Monday, December 17, 2012
Cinta terhalang le tu
Baru kenal dah jatuh cinta. Kini dunia dia terasa amat indah. Sering bersama2 semasa makan tengahari dan balik petang. Macam2 cerita mau dikongsikan. Begitu le cerita seorang kawan namanya Iskandar (bukan nama sebenar). Dia berkulit cerah dan wajahnya boleh dikatakan handsome. Seorang yang rajin. Dia mudah tersenyum. Juga peramah.
Ada jugak dia kata mau jumpa keluarga aweknya itu. Dia sanggup pandu walau pun jauh. Namun agak begitu cepat sangat jumpa orang tua. Kekawan pun bagi idea supaya dia bersabar. Biar kenal2 dulu. Mujur le dia terima pendapat. Kekawan pun begitu mengambil berat tentang dia. Rakan sepejabat sudah macam adik beradik.
Mau dijadikan cerita. Untuk mengisi hujung minggu maka dia bersama awek yg cun ziarah keluarga awek tu. Iskandar berdebar2. Bagai dipukul ombak sunami dadanya. Nafasnya turun naik. Tertanya2 dalam diri apakah penerimaan keluarga awek itu tentang dia. Tak putus2 Iskandar berdoa dalam hati.
Memang amat terduga dia. Kehadiran Iskandar langsung tak dipeduli. Abang awek itu tak nak tengok pun wajah dia apa lagi mau bertegur sapa. Hati2 benar2 remuk. Terasa benci dengan kerenah si abang itu. Iskandar jadi marah. Dia seolah2 kecil sangat di mata mereka. Namun demi cinta Iskandar cuba bertahan. Dia terus berdoa semoga mereka berubah dan menerimanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment