Monday, December 17, 2012
Zakiah Anas Kahwin Lagi
Bukan mau jaga tepi kain Zakiah Anas cuma mau berkongsi cerita terbaru dia saja ni. Syukur le Zakiah Anas sudah dapat pengganti setelah lebih setahun menjadi ibu tunggal. Tentu hati Zakiah Anas telah berbunga2 kini. Senyuman manisnya itu mesti terukir. Siapa lelaki bertuah itu?
Zakiah ini junior saya semasa belajar di UITM. Dia ni sisiwa yang baik, cantik dan disenangi ketika belajar dulu. Dia mudah menerima pelawaan senior untuk bekerjasama terutama melaksanakan assignment. Ketika dulu lagi saya dah agak dia akan berjaya dan popular dalam bidang penyiaran.
Zakiah sudah 46 tahun tapi masih cantik dan bergaya. Suaminya berusia 42 tahun dan bekas pelajar di UITM juga. Kononnya mereka sudah kenal sejak 21 tahun yang lalu. Namun hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kedua2 membawa anak masing2. Jadi mereka menjadi keluarga yang besar.Memang wajar dia berkahwin lagi untuk mencari kebahagiaan setelah bertahun2 menunggu untuk menjadi ibu tunggal kerana tiada persefahaman dalam rumahtangganya dulu. Segalanya kerja Tuhan.
Namun ada juga rakan dan media merungut kerana tidak dijemput ke majlis pernikahannya baru2 ini. Kenapa gitu? Mungkin disebabkan ini merupakan perkahwinan kedua2 mereka. Tapi apa le mungkin bila mereka buat majlis resepsi nanti akan jemput media dan rakan2.
Labels:
Artis Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment