Monday, December 17, 2012
700 ,000 andartu
Wanita semakin berani berdepan dengan kenyataan. Wanita begitu yakin dengan diri mereka. Sebab itu lebih 700,000 wanita di negara ini dikatakan bergelar andartu atau andalusia tidak menakutkan para wanita masa kini. Biar pun keadaan ini pernah menjadi kerisauan ibu bapa tetapi disebabkan peredaran zaman yang telah menyaksikan wanita moden tidak gentar dengannya. Malahan wanita lewat kahwin atau tidak berkahwin tidak menghantui mereka.
Kenapa di luar sana biasanya memandang serong kepada andartu? Salah siapakah ini? Menurut artikal di dalam Siasah bahawa kira2 tujuh tahun yang lalu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah mencadangkan agar Program Bertemu Jodoh diadakan, sekiranya masalah itu semakin meruncingkan.
Terdapat beberapa sebab kenapa seseorang wanita itu menjadi andartu. Antaranya ada yang pernah keciwa sehingga serik untuk bercinta dan seterusnya berkahwin. Kedua,Tiada ketemu calon yang menepati citarasa atau ada mengatakan terlalu memilih. Ketiga ada yang belajar dari kegagalan mahligai adik beradik, kekawan dan jiran tetangga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga. Apa lagi jika mereka menyaksikan keganasan seorang lelaki/suami seperti memukul isteri/anak2. Dengan itu mereka lebi rela menjadi andartu dari terseksa hati dan diri. Tidak kurang pula yang lebih selesa hidup sendiri kerana mempunyai kemampuan dari segi duit, pangkat dan sebagainya. Ada juga yang sanggup kahwin lewat kerana memberikan tumpuan untuk memelihara ibu dan ayahnya.
Apa yang penting wanita andartu perlu memelihara diri daripada maksiat dengan mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat. Memang tidak dinafikan macam2 fitnah yang timbul apabila berada dalam zon andartu. Prasangka manusia sekeliling hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kenapa demikian jadinya? Adakah pemikiran mereka terlalu cetek. Tidak semua wanita itu menempah untuk menjadi andartu. Ada kalangan andartu yang terus berusaha mencari calon suami yang sesuai tetapi belum juga diketemukan jodoh. Memang tidak dinafikan jodoh, ajal dan maut segalanya di tangan Allah swt. Jadi para andartu hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan melihat masa bujang sebagai masa lapang yang dianugerahkan oleh Allah.
Labels:
Untukmu wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment