Wednesday, December 12, 2012

Anak2 kecil menangis disebabkan Harimau Malaya

Perlawanan bola sepak suatu yang hangat. Anak2 kecil terjerit dan menangis di depan tv. Orang2 dewasa tak senang duduk dan terus bercakap dan bercakap. Sesekali menjerit sekuatnya ketika menyaksikan aksi Harimau Malaya. Kenapa agaknya? Ingin dikongsikan di sini, saya jugak pernah join pasukan boleh sepak wanita semasa di kampung dulu.Tak hairan semangat untuk sokong menang untuk Harimau Malaya terus bersemarak. Rasa risau bila bola di pintu gol lawan menyebabkan saya resah. Geram bila bola tersasar. Tapi aku tak sampai marah2kan pemain.
Semasa pasukan Harimau Malaya menentang Indonesia sambutannya memang hebat. Penuh stadium. Jualan tiket laris. Apa taknya peminat dan penyokong dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia masing2 mau ke stadium untuk menyokong. Memang hebat cara kedua2 negara bermain. Yang dahsyat lagi nanti ketika join menonton perlawanan itu jeritan anak2 bersama suami memekakkan telinga. Si anak2 kecil terkejut dan menangis. Begitu hebat semangat bola. Mereka menjerit bila saja bole hampiri ke pintu gol. Namun sayangnya cuma jeritan saja kerana bola tersasar ke tempat lain.
Malam ini Harimau Malaya lawan pasukan Thailand. Mohon pada-Nya pasukan negara akan bertenaga dan bijak bermain sehingga boleh menewaskan pasukan yang gagah itu. Ya Allah permudahkanlah pasukan negaraku Malaysia cemerlang dalam perlawanan itu. Menang, menang dan memang. Ramai penyokong Harimau Negara sanggup ke Thailand demi semangat bola sepak. Mudah2an mereka berhasil serta berjaya membawa kemenangan untuk berlawan seterusnya.

No comments:

Post a Comment