Thursday, December 15, 2011

Populasi Ikan akan berkurangan

Mari kita teliti populasi ikan. Hasil kajian penyelidik dalam ruangan khas di UM, Jabatan Perikanan menyatakan populasi ikan berkurangan secara drastik sejak 40 tahun yang lalu. Ketika dulu 2.56 tan per kilometer persegi kepada 0.21 tan per kilometer persegi pada masa kini.

Penyelidikan mengenai sumber marin oleh Amerika Syarikat di perairan antarabangsa mendapati, ikan dan sumber lain di dalamnya akan pupus menjelang 2048. Manakala di Malaysia penggunaan jenis pukat yang tidak dibenarkan menyebabkan sumber ikan itu berkurangan.

Tidak menghairankan suatu waktu nanti ikan yang dipelihara sahaja yang menjadi sumber protin insan di muka bumi ini.

Anak Michael Jackson Jadi Pelakon

Paris, anak perempuan Raja Pop Michael Jackson ketika kecilnya diarah memakai topeng oleh bapanya semasa berada di khalayak ramai. Kini dia tau bahawa tindakan itu semata2 untuk melindungi dia dan adiknya.

Pewaris Raja Pop ini akan menjadi pelakon untuk sebuah filem yang diadaptasikan daripada siri buku popular remaja. Tajuknya "Lundon's Bridge dan The Three Keys yang akan dikeluarkan pada tahun 2013. Paris akan berganding dengan pengacara televisyen, Larry King.

Paris 14, masih di bawah umur. Oleh itu, pengeluar filem tidak boleh membentangkan cadangan kontrak lakonan beliau kepada mahkamah di Los Angeles.

Dia mendapat inspirasi menjadi pelakon selepas menonton filem lakonan bapanya bertajuk Moonwalker. Selain itu, keluarganya juga memberi galakan dan sokongan baginya menjalani latihan untuk meningkatkan kemahiran.

Tuesday, December 13, 2011

Hutang RM 2.5 juta

Kesian dengan artis yang handsome dan berbakat, Fizo Omar. Dia kena tipu. Malahan dia teraniaya kenalan sendiri. Inilah akibatnya jadi penjamin kepada orang yang tidak mau bertanggungjawab. Semasa memerlukan bercakap lembut gigi dari lidah. Semuanya manis. Berfakta pulak tu! Yang paling ditekankan bantulah orang sendiri. Siapa lagi jika bukan sebangsa dengannya.

Kini Fizo terkapai2 dibebani hutang berjuta-juta. Jika sekadar berlakon atau berniaga biasa atau makan gaji tidak mungkin terbayar hutang sebanyak itu. Malangnya kawan beliau telah hilang. Melarikan diri dari membayar pinjaman. Tunggakan pun berlambak. Ini menyebab pihak bank mencari penjamin.

Menurut Fizo yang peliknya macam mana pihak bank boleh meluluskan pinjaman begitu mudah. Katanya syarikat berkenaan atau diri tidak layar meminjam sebanyak itu. Mungkin bank memudahkan proses. Mungkin juga mereka mau menjadi target pencapaian peminjam. Entahlah susah mau komen kerana isu berhutang di mana2 berlaku.

Kini Fizo menggunakan khidmat peguam. Peguam itu akan mencari punca. Berjayakah hutang diselesaikan kurang pasti. Yang pasti tunggakan hutang tetap bertambah dari sehari ke sehari. Ini tentu memeningkan kepala.

Untuk kekawan yang lain. Berhati2lah jadi penjamin. Memang bukan mudah untuk menolakkan apa lagi jika yang minta itu adek beradek, kawan baik, saudara mara. Yang nyata ramai yang mau mengelak membayar hutang....perlu difikirkan seorang yang menyusah dan membeban seseorang itu (sama ada hutang) atau yang berkaitan, maka suatu waktu nanti dia pun aka menerima balasan.

Elakkan berhutang

Rombongan Cik Kiah KKM Melawat BERNAMA

Program lawatan telah dipenuhi untuk tahun 2011. Rombongan Cik Kiah melawat BERNAMA pada 12 Disember 2011 (Isnin). Rombongan tiba di perkarangan BERNAMA jam 2. 20 petang. Semua kena menunggu ketibaan ketua rombongan - Pak Zack. Kali ini peserta tidak seramai ketika melawat ke RTM pada 9 Disember 2011.

Aku bersama Rasil tiba awal di BERNAMA. Kami kelaparan dan terus naik ke tingkat 2 untuk alaskan perut. Namun sebelum masuk lif betapa terujanya kami apabila tiba2 seorang doktor berdiri di samping saya. Dia Dr Redzuan dari TCM. Muka bersih. Dia senyum sambil menyambut salam. Aku memang tidak perasan dia yang duduk di ruang menunggu itu. Dia orang pertama tiba dalam sessi lawatan itu. Manakala Dr Elise yang yang terakhir tiba kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kami di bawa ke tingkat 1 oleh zarinah dan gengnya. Rombongan disambut mesra oleh orang-orang penting di BERNAMA. Selain Zarina turut ada di lobi ialah Zariah- senyum selalu, akmar- tertib tapi mesra dan norena - comel manis. Tiba di bilik yang serba cermin telah tersedia orng-orang kanan BERNAMA yang diketuai oleh Datuk Zack.

Taklimat begitu menarik. Perbincangan lancar. Selepas rombongan di bawa melawat bahagian berita. Encik Khirdzir memberi sikit taklimat sambil diselang seli oleh Datuk ZAck. Aku terpaksa loloskan diri untuk menunaikan solat Zohor yang semakin dekat ke penghujungnya. Alhamdulilah aku sempat dan terus menunggu untuk tunaikan solat asar. Terlaksana kedua2nya. Aku terus ke tingkat 15 rombongan melawat Radio 24jam. Encik Markus Lim bagi penerangan begitu mesra sekali. Aku tak sempat bersama rombongan ke bahagian Bernama TV. Namun yang penting ahli rombongan telah berpeluang ke tempat yang tak kurang pentingnya itu.

Setelah menghantar mereka balik aku dan Tini naik ke tingkat 7. Kami ditemani zarina untuk berbincang dengan Puan Mastura. Bahagian menawarkan pakej yang menarik. Moga ada peluang untuk bersamanya menyebarkan maklumat KKM.

Setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada BERNAMA khususnya kepada Datuk Zack di atas layanan baik dan mesra. Begitu juga kepada zarina yang berusaha untuk merealitikan program lawatan ini. Yang penting ahli rombongan suka dan seronok. Semoga begitu le... Terima kasih juga dan tahniah kepada semua peserta yang sudi bersama untuk menjaya lawatan berkenaan.

Wednesday, December 7, 2011

Warga asing bantu berkas perompak

Merompak dan perompak memang menyusahkan masyarakat dan negara. Mereka yang melakukan perkara ini memang wajar ditangkap. Mereka sesuai duduk dalam penjara. Kenapa mesti merompak? Adalah mereka ini pemalas? Atau seorang yang ambil mudah tentang tindakan undang2 negara. Memang aku menyampah dengan orang2 seperti ini.

Berlaku di Alor Setor baru2 ini seorang lelaki cuba merompak di kedai serbaneka. Kononnya lelaki itu seorang anggota tentera yang melarikan diri dari tugas. Pelik betul. Ada tugas tapi lebih suka merompak. Memalukan betul. Lebih memalukan lagi dia diberkas oleh pekerja Bangladesh. Mereka warga asing tapi mempunyai semangat untuk menyelamatkan keadaan dari dirompak. Malahan dia sendiri bergelut dengan perompak itu.

Alangkah baiknya jika semua warga asing seperti mereka. Mungkin juga mereka sedar mencari rezeki di bumi Malaysia ini. Maka, adalah menjadi tanggungjawab untuk menjaga keamanan bersama2 supaya rezeki terus diperolehi.

Merompak di negara sendiri amat memalukan.....

Lelaki Nigeria mengamuk di hospital

Sejarah tercipta berlaku amuk dalam hospital pada malam 4 disember. Jika warga Malaysia memang kejadian ini susah atau tidak akan berlaku. Orang kita masih tau menilai keadaan sekeliling. Makanya amuk di Hospital Besar Kuala Lumpur ini disebabkan ganasnya seorang lelaki Nigeria. Memang lelaki ini amat menyusahkan. Dia fikir negara ini senang2 mau lepaskan sesiapa yang menjadi tahanan. Apa lagi jika terbabit dengan pengedaran najis dadah.


Lelaki berkulit hitam dan warga Afrika itu telah menelan beberapa ketul dadah. Dia mengamuk sehingga mampu memutuskan gari di tangannya. Gari itu terpelanting dan menyebabkan lampu pecah. Beliau dirawat di HBKL setelah ditahan di Bukit Bintang dan polis berjaya mengarahkan lelaki yang berusia 31 tahun itu telah menelan 21ketulan dadah sebelum masuk ke negara ini. Menurut laporan di akhbar UM sebanyak 46 ketul dadah seberat 831 gram bernilai RM130,00.00 berjaya dirampas yang dibawa oleh lelaki durjana itu.


Lelaki itu cuba melarikan diri dengan memecah tingkap wad. Dia mengamuk dan menyerang polis dan kakutangan hospital. Ia cemaskan keadaan hospital yang dipenuhi pesakit. Polis terpaksa menembaknya kerana tidak dapat dikawal Dia mati di HBKL. Memang wajar dia ditembak mati kerana menimbulkan kesusahan serta pengedar dadah adalah musuh utama negara.

Biar dia mati!!!!!!!

Gerhana bulan


Segalanya kehendak Tuhan apapun kejadian di dunia ini. Begitu juga dengan gerhana bulan dan gerhana matahari. Mengikut perkiraan ahli sains gerhana bulan penuh lebih 40 minit akan berlaku pada malam 10 Disember 2011 bersama2an hari Sabtu. Sudah tentu ramai yang ingin melihat kejadian ini.

Ketika itu pemandangan seakan2 bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama 40 minit. Suatu fenomena yang luar biasa. Makanya, adalah lebih baik jika fenomena ini dipenuhi dengan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid bagi kalangan orang2 Islam.

Kejadian ini adalah keunikan kekuasaan Allah yang dapat disaksikan oleh segenap manusia di bumi ini.

Rombongan Cik Kiah

Aku tertanya2 kenapa perkara kecil dibesar2kan. Jika dibincang betul2 tidak sampai 5 minit ia akan selesai. Namun disebabkan suka buat andaian maka timbul le prasangka macam2. Atau tak faham maksud yang disampaikan menyebabkan wujud perasaan kurang senang. Mungkin juga rasa tercabar. Maklum le sebagai ketua dalam suatu kumpulan tentunya wujud suatu jentikan rasa yang punya kuasanya tersendiri.





Nak dijadikan cerita maka berlaku le rombongan Cik Kiah. Kunjungan dari rumah ke rumah gitu. Kenapa? Untuk menghilangkan rasa rindu. Mungkin juga ingin berkongsi cerita. Atau saja2 cari pengaruh. Atau ada memang mau berkunjung melihat2 keadaan sekeliling.





Apa yang menyedihkan hasil rombongan Cik Kiah. Ahli2 yang lain mendapat khabar yang ceritanya dah bertambah2. Ia berpunca dari sikit pertanyaan oleh seorang ahli yang masih muda. Dia rasa tertekan. Dia ingin memberitahu suatu perkara. Ada cadangan ingin disampaikan. Nah! maka dia pun ingin minta pendapat. Namun suara itu telah disalah tafsirkan.





Kunjungan itu datang. Mereka saling bercerita. Timbul sindiran kononnya gitu. Sehingga tersentuh dia yang baru belajar memimpin dan dipimpin. Lalu semua ahli rombongan untuk dibawa bincang cara besar2 sikit. Tok Penghulu buat penerangan. Macam2 disentuh. Namun ketua besar itu terus bertanya tentang "suatu" yang dia kurang puas hati. Berjela2 le dijawab. Suaranya jadi tinggi bila ahli muda cuba menerangkan. Matanya jadi merah. suara si muda serak dan sendu. Tersekat2 kata2nya. Dia tetap dengan dirinya. Nah! dia memang mau menang. Alasan2 macam2 diberikan...





Makanya.... perbincangan abis namun keputusan belum pasti memuaskan. Mereka pun masih saling meragui agaknya?????