Wednesday, December 7, 2011

Gerhana bulan


Segalanya kehendak Tuhan apapun kejadian di dunia ini. Begitu juga dengan gerhana bulan dan gerhana matahari. Mengikut perkiraan ahli sains gerhana bulan penuh lebih 40 minit akan berlaku pada malam 10 Disember 2011 bersama2an hari Sabtu. Sudah tentu ramai yang ingin melihat kejadian ini.

Ketika itu pemandangan seakan2 bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama 40 minit. Suatu fenomena yang luar biasa. Makanya, adalah lebih baik jika fenomena ini dipenuhi dengan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid bagi kalangan orang2 Islam.

Kejadian ini adalah keunikan kekuasaan Allah yang dapat disaksikan oleh segenap manusia di bumi ini.

No comments:

Post a Comment