Tuesday, December 13, 2011

Hutang RM 2.5 juta

Kesian dengan artis yang handsome dan berbakat, Fizo Omar. Dia kena tipu. Malahan dia teraniaya kenalan sendiri. Inilah akibatnya jadi penjamin kepada orang yang tidak mau bertanggungjawab. Semasa memerlukan bercakap lembut gigi dari lidah. Semuanya manis. Berfakta pulak tu! Yang paling ditekankan bantulah orang sendiri. Siapa lagi jika bukan sebangsa dengannya.

Kini Fizo terkapai2 dibebani hutang berjuta-juta. Jika sekadar berlakon atau berniaga biasa atau makan gaji tidak mungkin terbayar hutang sebanyak itu. Malangnya kawan beliau telah hilang. Melarikan diri dari membayar pinjaman. Tunggakan pun berlambak. Ini menyebab pihak bank mencari penjamin.

Menurut Fizo yang peliknya macam mana pihak bank boleh meluluskan pinjaman begitu mudah. Katanya syarikat berkenaan atau diri tidak layar meminjam sebanyak itu. Mungkin bank memudahkan proses. Mungkin juga mereka mau menjadi target pencapaian peminjam. Entahlah susah mau komen kerana isu berhutang di mana2 berlaku.

Kini Fizo menggunakan khidmat peguam. Peguam itu akan mencari punca. Berjayakah hutang diselesaikan kurang pasti. Yang pasti tunggakan hutang tetap bertambah dari sehari ke sehari. Ini tentu memeningkan kepala.

Untuk kekawan yang lain. Berhati2lah jadi penjamin. Memang bukan mudah untuk menolakkan apa lagi jika yang minta itu adek beradek, kawan baik, saudara mara. Yang nyata ramai yang mau mengelak membayar hutang....perlu difikirkan seorang yang menyusah dan membeban seseorang itu (sama ada hutang) atau yang berkaitan, maka suatu waktu nanti dia pun aka menerima balasan.

Elakkan berhutang

No comments:

Post a Comment