Tuesday, December 13, 2011

Rombongan Cik Kiah KKM Melawat BERNAMA

Program lawatan telah dipenuhi untuk tahun 2011. Rombongan Cik Kiah melawat BERNAMA pada 12 Disember 2011 (Isnin). Rombongan tiba di perkarangan BERNAMA jam 2. 20 petang. Semua kena menunggu ketibaan ketua rombongan - Pak Zack. Kali ini peserta tidak seramai ketika melawat ke RTM pada 9 Disember 2011.

Aku bersama Rasil tiba awal di BERNAMA. Kami kelaparan dan terus naik ke tingkat 2 untuk alaskan perut. Namun sebelum masuk lif betapa terujanya kami apabila tiba2 seorang doktor berdiri di samping saya. Dia Dr Redzuan dari TCM. Muka bersih. Dia senyum sambil menyambut salam. Aku memang tidak perasan dia yang duduk di ruang menunggu itu. Dia orang pertama tiba dalam sessi lawatan itu. Manakala Dr Elise yang yang terakhir tiba kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kami di bawa ke tingkat 1 oleh zarinah dan gengnya. Rombongan disambut mesra oleh orang-orang penting di BERNAMA. Selain Zarina turut ada di lobi ialah Zariah- senyum selalu, akmar- tertib tapi mesra dan norena - comel manis. Tiba di bilik yang serba cermin telah tersedia orng-orang kanan BERNAMA yang diketuai oleh Datuk Zack.

Taklimat begitu menarik. Perbincangan lancar. Selepas rombongan di bawa melawat bahagian berita. Encik Khirdzir memberi sikit taklimat sambil diselang seli oleh Datuk ZAck. Aku terpaksa loloskan diri untuk menunaikan solat Zohor yang semakin dekat ke penghujungnya. Alhamdulilah aku sempat dan terus menunggu untuk tunaikan solat asar. Terlaksana kedua2nya. Aku terus ke tingkat 15 rombongan melawat Radio 24jam. Encik Markus Lim bagi penerangan begitu mesra sekali. Aku tak sempat bersama rombongan ke bahagian Bernama TV. Namun yang penting ahli rombongan telah berpeluang ke tempat yang tak kurang pentingnya itu.

Setelah menghantar mereka balik aku dan Tini naik ke tingkat 7. Kami ditemani zarina untuk berbincang dengan Puan Mastura. Bahagian menawarkan pakej yang menarik. Moga ada peluang untuk bersamanya menyebarkan maklumat KKM.

Setinggi2 penghargaan dan terima kasih kepada BERNAMA khususnya kepada Datuk Zack di atas layanan baik dan mesra. Begitu juga kepada zarina yang berusaha untuk merealitikan program lawatan ini. Yang penting ahli rombongan suka dan seronok. Semoga begitu le... Terima kasih juga dan tahniah kepada semua peserta yang sudi bersama untuk menjaya lawatan berkenaan.

No comments:

Post a Comment