Thursday, December 15, 2011

Anak Michael Jackson Jadi Pelakon

Paris, anak perempuan Raja Pop Michael Jackson ketika kecilnya diarah memakai topeng oleh bapanya semasa berada di khalayak ramai. Kini dia tau bahawa tindakan itu semata2 untuk melindungi dia dan adiknya.

Pewaris Raja Pop ini akan menjadi pelakon untuk sebuah filem yang diadaptasikan daripada siri buku popular remaja. Tajuknya "Lundon's Bridge dan The Three Keys yang akan dikeluarkan pada tahun 2013. Paris akan berganding dengan pengacara televisyen, Larry King.

Paris 14, masih di bawah umur. Oleh itu, pengeluar filem tidak boleh membentangkan cadangan kontrak lakonan beliau kepada mahkamah di Los Angeles.

Dia mendapat inspirasi menjadi pelakon selepas menonton filem lakonan bapanya bertajuk Moonwalker. Selain itu, keluarganya juga memberi galakan dan sokongan baginya menjalani latihan untuk meningkatkan kemahiran.

No comments:

Post a Comment