Thursday, December 15, 2011

Populasi Ikan akan berkurangan

Mari kita teliti populasi ikan. Hasil kajian penyelidik dalam ruangan khas di UM, Jabatan Perikanan menyatakan populasi ikan berkurangan secara drastik sejak 40 tahun yang lalu. Ketika dulu 2.56 tan per kilometer persegi kepada 0.21 tan per kilometer persegi pada masa kini.

Penyelidikan mengenai sumber marin oleh Amerika Syarikat di perairan antarabangsa mendapati, ikan dan sumber lain di dalamnya akan pupus menjelang 2048. Manakala di Malaysia penggunaan jenis pukat yang tidak dibenarkan menyebabkan sumber ikan itu berkurangan.

Tidak menghairankan suatu waktu nanti ikan yang dipelihara sahaja yang menjadi sumber protin insan di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment