Tuesday, January 3, 2012

Ulangtahun Bahteraku

Masa begitu cepat berlalu. Usia bertambah tentunya. Aku telah melayari bahtera berumahtangga masuk tahun kedua. 24 Disember 2010 kami bernikah dan 25 Disember 2010 majlis jamuan . Kedua2nya diadakan di rumah pusaka di kampung Siasai Kota Belud, Sabah. Kampung Siasai yang terkenal dengan sungainya yang indah saya . Di kampung ini saya dilahir dan dibesarkan.

Betapa ramainya saudara mara ketika majlis itu. Kebetulan majlis aku dan adik bongsu (Doy) dibuat sekali. Ketika majlis nikah pun ramai. Penuh rumah. Apa lagi ketika majlis jamuan. Berduyun2 saudara mara, rakan dan taulan datang meraihkan. Segala jadi kenanganku.

Aku bahagia bersama suami tersayang. Dia amat memahami dan sentiasa memberi semangat. Gurau sendanya membuat aku riang dan amat senang. Ada saja idea yang dilontarkan membuat aku gelak. Ada ketikanya aku tidak menyangka perbualan kami seolah2 berada di gelanggang raja lawak pulak!

Memang suatu yang indah jika kita melayari bahtera rumahtangga yang saling menyayangi dan menghormati. Aku ingin menjadikan kehidupan kami terus tenang dan bahagia serta dalam keberkatan Allah swt. Namun ada ketikanya wujud gangguan yang tak disangka2. Mungkin itulah cabaran hidup. Atau dugaan yang dihantarkan_Nya. Aku bersama suami sentiasa menyedari dan saling mengingatkan.

Kami menjaga solat jemaah bersama agar dapat dilaksanakan dengan baik. Inilah juga impianku jika berumahtangga. Aku mahu solat berjemaah. Aku mahu seorang suami yang baik agamanya. Aku ingin suamiku mengaji. Malahan sesekali dia kena berkongsi ilmu agama denganku. Segalanya itu aku ada pada suamiku. Terima kasih Tuhan.

Kini aku dan suami terus memohon supaya hidup kami diberkati. Bahagia dipupuk bersama. Perbincangan dibuat dengan tabah. Kelemahan masing2 perlu diterima. Sesekali pendapat tidak serentak itu perkara yang pasti diredah dengan hati2. Aduhai...

No comments:

Post a Comment