Tuesday, January 17, 2012

Tragedi Titanic bagai berulang

Kapal Costa Concordia terlanggar batu karang. Ia adalah sebuah kapal persiaran mewah Itali. Kini tersadai di tengah laut di perairan pantai barat negara itu. Kapal itu terbalik dan separuh tenggelam sejak Sabtu lalu. Peristiwa yang mengorban lebih 16 orang itu bagai mengembalikan tragedi kapal Titanic. Kapal mewah dan besar ini menarik perhatian masyarakat antarabangsa sehingga diadaptasikan menjadi filem cinta yang ada klasnya tersendiri.

Kapten kapal mewah itu, Francesco Schettino disoal siasat . Beliau dituduh cuai menyebabkan nahas kapal dan meninggalkan kapalnya sebelum semua penumpang diselamatkan.

Menurut sumber mereka yang hilang itu adalah terdiri daripada empat krew dan 25 penumpang. Takat ini enam (6) orang disahkan telah meninggal dunia 16 lahi masih hilang.

Walau bagaimana perkara telah berlaku dan segalanya di tentukan Allah swt. Moga mereka yang hilang akan dijumpai dalam keadan sihat sejahtera...

Monday, January 9, 2012

Bahasa mengusik jiwa

Seorang pegawai kerajaan memegang jawatan gred 52 masih belum tau menghargai hubungan persekitaran. Sekolah saja tinggi tapi mindanya masih bertaraf rendah. Malahan baru balik kononnya dari buat master tapi cara berfikir belum berubah. Masalahnya masih tidak memahami keadaan sekeliling. Aku memang geram dan marah dengan perndekatannya bercakap. Mungkin dia memikirkan cara dia itu yang paling bagus. Itu le bila kurang memahami bangsa dan budaya rakan2 sekeliling.

Semalam saya terkejut dengan kata2 pegawai 52 yang baru mau join KKM. Dalam kerentakan berbual tiba2 dia tanya..."puan asal dari mana?" .Aku jawab," Saya dari Kota Belud, Sabah". Maka dia rasa bangga menyatakan "Oh padan le cara bercakap tu lain". Adakah patut seorang pegawai tinggi kerajaan bercakap demikian. Memang aku menyampah betul dengan caranya. Memang kerap terjumpa orang semenanjung cakap macam dia. Seolah2 mereka bangga dapat meneka .Mungkin dia sengaja menunjuk2....kau orang Sabah rupanya. Kenapa dia tidak diam saja dan bercakap sendiri oh betul le firasat saya.

Memang betul2 tidak ada budi bahasa dan kurang ajar. Sepatutnya dia kena guna skill pr yang cantik supaya hubungan lebih mesra dan saling menghormati. Ini sebaliknya berlaku aku jadi benci dan hilang rasa hormat.

Sejak dulu orang semenanjung sering berkata seperti itu dengan aku. Malahan...perkara sering dilontar seperti "padan le"," no wonder" tidak heran jika gitu" , "aku dah agak le" dll. Insiden berekaan amat jarang dan jarang berlaku di Sabah. Kalangan orang Sabah lebih suka bertanya kpd jiran, kekawan dan rakan sekerja bagi mendapatkan latar belakang. Atau ada yang bertanya sendiri tapi tidak timbul dailog2 berkenaan.

Adalah dicadangkan dibuat kursus membudaya bahasa di kalangan kemenetrian ini supaya tau cara menghormati dan menghargai rakan dalam 1 Malaysia. Tidak perlu asyek mengatakan perkara yang sama walaupun dah ada dua... perkataan itu boleh menyinggung perasaan kerana seolah2 orang Sabah bukan orang Malaysia.

Wednesday, January 4, 2012

Kempen senyum

Kempen senyum dilaksanakan oleh hampir semua kementerian di negara ini. Senyum itu sedekah. Ia juga bagai terapi untuk diri sendiri. Namun yang nyata ramai orang tidak kira jantina amat sukar untuk senyum atau membalas senyuman. Kenapa agaknya? Ada barang berharga atau emas berkilau di dalam mulutnya?

Awal pagi aku ke bilik air. Dalam perjalanan ke pejabat tersempak le dengan seorang wanita muda dan bergaya. Aku bagi senyuman pagi namun haram dia tak membalas. Malah dia memandangku dengan hairan. Mungkin juga dia rasa pelik kerana kami tak saling mengenal tapi aku senyum dengan dia. Entah le sejak aku bertugas di KKM ni memang aku perasan ramai yang aku jumpa susah sangat senyum atau membalas senyuman.

Jika mereka itu semuanya doktor yang sibuk memikirkan nyawa pesakitnya sedang di umbun2 tak hairan le tak larat nak senyum. Atau tak sempat senyum atau membalas senyuman sebab sibuk menyelamatkan nyawa pesakitnya. Yang nyata kebanyakan doktor yang aku jumpa semuanya senang senyum dan membalas senyuman. Memang pelik le petugas2 di KKM ni. Adakah mereka perasan diri sendiri atau memang saja tak mahu bagi senyuman.

Harap2 Kempen Senyum dapat mengubah para pegawai dan kakitangan khususnya di KKM. Biarlah senang dan rela senyum supaya orang lain pun selesa berurusan dan berada di ruang kementerian. Jika mudah dan ikhlas senyum wajah mereka akan manis dan ada juga pendapat menyatakan mereka yang selalu senyum rezekinya murah!!!!

Senyumlah demi kebaikan diri dan kekawan sekeliling. Balas le senyuman walaupun sekadar bibir bergerak tanpa memperlihatkan gigi ye

Tuesday, January 3, 2012

Tudung Ariani

Aku tidak menyangka akan tergoda. Aku tidak menyimpan hasrat untuk membeli belah petang ahad yang baru lepas. Aku keluar dengan sahabat lamaku, Gee adalah dengan tujuan untuk membeli tudung dan kain ela yang diminta oleh kak Mazni. Dia menjualkan barangan itu di gerainya di Kedah. Aku kena belikan dengan segera kerana dia mengirimkan wang ke dalam akaunku.

Setelah membeli tudung2 berkenaan aku dan gee ke kedai Ariani. Gila2 offernya. Macam2 jenis tudung kat Butik Ariani itu. Mulanya sekadar tengok2 saja. Namun aku tergebak untuk beli jua. Aku belanja lebih RM300. Namun nilai sebenarnya jauh lebih mahal lagi. Agak lama saya memilih tudung2 yang ada di situ. Akhirnya aku ambil tudung yang offer beli 4 free 1 dengan harga rm120.oo. Harga sebelum offer tudung itu rm85. Betapa aku boleh jimat.

Memang tak sabar nak pakai tudung Ariani itu. AKu dah pakai helaian yang pertama. Ternyata kainnya lembut , kualiti dan selesa dipakai. Itulah kata orang "kalah membeli menang memakai".

Makananku Oat

Aku mau sihat. Badanku agak berat sekarang. Jadi aku berhasrat untuk mengurangkan berat badanku demi kesihatan. Kebetulan paras koletrolku agak tinggi. Maka, aku kena jaga makan supaya tidak terlebih makan makanan yang memudaratkan.

Kini aku amalkan makan oat di waktu pagi. Aku selesa dengan sarapanku itu. Selepas itu aku minum susu untuk menjaga keperluan kalsium. Ada ketika aku makan oat untuk sarapan dan makan tengahari juga oat. Jika aku terasa lapar maka, aku dan abang akan makan petang bersama2 lebih awal dari biasa.

Semalam aku beli oat lagi kerana bekalan hampir abis. Selain itu aku juga menyediakan beberapa jenis biskut yang berasaskan oat di pejabat. Ia sebagai usaha untuk mempelbagaikan jenis makanan yang boleh mengelakkan rasa lapar yang melampauku.

Sekian...

Dugaan Diri

Sejak akhir2 ini aku sering tidak sihat. Macam ada sesuatu yang menggangu sihatku. Aku pun kurang pasti apa sebenarnya yang mencabar sabarku ini. Yang peliknya ketika mau bersolat tiba2 aku terasa panas. Panas membahang hingga berpeluh. Sebelum ini panas itu terasa di kedua2 belah telingaku, kini terasa pun panas di bahagian dada. Mujur le dalam beberapa saat panas itu hilang apabila aku membaca ayat2 suci.

Kini muka aku pula terasa gatal. Amat gatal sehingga timbul bekas2 hitam. Emak pernah pesan(ketika dia berada di kl baru2 ini) supaya aku gunakan limau nipis. Tanpa berlega aku pun mengambil limau dan mohon abang bacakan ayat2 suci ke atas limau itu. Aku pun gunakan limau itu dan alhamdulilah gatal2 itu terasa kurang.

Ya Allah aku mohon pada-Mu supaya segala gangguan ini dikeluarkan dari badanku. Hanya Engkau jua yang maha berkuasa dan maha mengeluarkan segala gangguan itu. Aku jua mohon supaya diriku sihat dari segala gangguan itu.

Ulangtahun Bahteraku

Masa begitu cepat berlalu. Usia bertambah tentunya. Aku telah melayari bahtera berumahtangga masuk tahun kedua. 24 Disember 2010 kami bernikah dan 25 Disember 2010 majlis jamuan . Kedua2nya diadakan di rumah pusaka di kampung Siasai Kota Belud, Sabah. Kampung Siasai yang terkenal dengan sungainya yang indah saya . Di kampung ini saya dilahir dan dibesarkan.

Betapa ramainya saudara mara ketika majlis itu. Kebetulan majlis aku dan adik bongsu (Doy) dibuat sekali. Ketika majlis nikah pun ramai. Penuh rumah. Apa lagi ketika majlis jamuan. Berduyun2 saudara mara, rakan dan taulan datang meraihkan. Segala jadi kenanganku.

Aku bahagia bersama suami tersayang. Dia amat memahami dan sentiasa memberi semangat. Gurau sendanya membuat aku riang dan amat senang. Ada saja idea yang dilontarkan membuat aku gelak. Ada ketikanya aku tidak menyangka perbualan kami seolah2 berada di gelanggang raja lawak pulak!

Memang suatu yang indah jika kita melayari bahtera rumahtangga yang saling menyayangi dan menghormati. Aku ingin menjadikan kehidupan kami terus tenang dan bahagia serta dalam keberkatan Allah swt. Namun ada ketikanya wujud gangguan yang tak disangka2. Mungkin itulah cabaran hidup. Atau dugaan yang dihantarkan_Nya. Aku bersama suami sentiasa menyedari dan saling mengingatkan.

Kami menjaga solat jemaah bersama agar dapat dilaksanakan dengan baik. Inilah juga impianku jika berumahtangga. Aku mahu solat berjemaah. Aku mahu seorang suami yang baik agamanya. Aku ingin suamiku mengaji. Malahan sesekali dia kena berkongsi ilmu agama denganku. Segalanya itu aku ada pada suamiku. Terima kasih Tuhan.

Kini aku dan suami terus memohon supaya hidup kami diberkati. Bahagia dipupuk bersama. Perbincangan dibuat dengan tabah. Kelemahan masing2 perlu diterima. Sesekali pendapat tidak serentak itu perkara yang pasti diredah dengan hati2. Aduhai...