Tuesday, January 3, 2012

Makananku Oat

Aku mau sihat. Badanku agak berat sekarang. Jadi aku berhasrat untuk mengurangkan berat badanku demi kesihatan. Kebetulan paras koletrolku agak tinggi. Maka, aku kena jaga makan supaya tidak terlebih makan makanan yang memudaratkan.

Kini aku amalkan makan oat di waktu pagi. Aku selesa dengan sarapanku itu. Selepas itu aku minum susu untuk menjaga keperluan kalsium. Ada ketika aku makan oat untuk sarapan dan makan tengahari juga oat. Jika aku terasa lapar maka, aku dan abang akan makan petang bersama2 lebih awal dari biasa.

Semalam aku beli oat lagi kerana bekalan hampir abis. Selain itu aku juga menyediakan beberapa jenis biskut yang berasaskan oat di pejabat. Ia sebagai usaha untuk mempelbagaikan jenis makanan yang boleh mengelakkan rasa lapar yang melampauku.

Sekian...

No comments:

Post a Comment