Tuesday, January 3, 2012

Tudung Ariani

Aku tidak menyangka akan tergoda. Aku tidak menyimpan hasrat untuk membeli belah petang ahad yang baru lepas. Aku keluar dengan sahabat lamaku, Gee adalah dengan tujuan untuk membeli tudung dan kain ela yang diminta oleh kak Mazni. Dia menjualkan barangan itu di gerainya di Kedah. Aku kena belikan dengan segera kerana dia mengirimkan wang ke dalam akaunku.

Setelah membeli tudung2 berkenaan aku dan gee ke kedai Ariani. Gila2 offernya. Macam2 jenis tudung kat Butik Ariani itu. Mulanya sekadar tengok2 saja. Namun aku tergebak untuk beli jua. Aku belanja lebih RM300. Namun nilai sebenarnya jauh lebih mahal lagi. Agak lama saya memilih tudung2 yang ada di situ. Akhirnya aku ambil tudung yang offer beli 4 free 1 dengan harga rm120.oo. Harga sebelum offer tudung itu rm85. Betapa aku boleh jimat.

Memang tak sabar nak pakai tudung Ariani itu. AKu dah pakai helaian yang pertama. Ternyata kainnya lembut , kualiti dan selesa dipakai. Itulah kata orang "kalah membeli menang memakai".

No comments:

Post a Comment