Wednesday, January 4, 2012

Kempen senyum

Kempen senyum dilaksanakan oleh hampir semua kementerian di negara ini. Senyum itu sedekah. Ia juga bagai terapi untuk diri sendiri. Namun yang nyata ramai orang tidak kira jantina amat sukar untuk senyum atau membalas senyuman. Kenapa agaknya? Ada barang berharga atau emas berkilau di dalam mulutnya?

Awal pagi aku ke bilik air. Dalam perjalanan ke pejabat tersempak le dengan seorang wanita muda dan bergaya. Aku bagi senyuman pagi namun haram dia tak membalas. Malah dia memandangku dengan hairan. Mungkin juga dia rasa pelik kerana kami tak saling mengenal tapi aku senyum dengan dia. Entah le sejak aku bertugas di KKM ni memang aku perasan ramai yang aku jumpa susah sangat senyum atau membalas senyuman.

Jika mereka itu semuanya doktor yang sibuk memikirkan nyawa pesakitnya sedang di umbun2 tak hairan le tak larat nak senyum. Atau tak sempat senyum atau membalas senyuman sebab sibuk menyelamatkan nyawa pesakitnya. Yang nyata kebanyakan doktor yang aku jumpa semuanya senang senyum dan membalas senyuman. Memang pelik le petugas2 di KKM ni. Adakah mereka perasan diri sendiri atau memang saja tak mahu bagi senyuman.

Harap2 Kempen Senyum dapat mengubah para pegawai dan kakitangan khususnya di KKM. Biarlah senang dan rela senyum supaya orang lain pun selesa berurusan dan berada di ruang kementerian. Jika mudah dan ikhlas senyum wajah mereka akan manis dan ada juga pendapat menyatakan mereka yang selalu senyum rezekinya murah!!!!

Senyumlah demi kebaikan diri dan kekawan sekeliling. Balas le senyuman walaupun sekadar bibir bergerak tanpa memperlihatkan gigi ye

No comments:

Post a Comment