Monday, January 9, 2012

Bahasa mengusik jiwa

Seorang pegawai kerajaan memegang jawatan gred 52 masih belum tau menghargai hubungan persekitaran. Sekolah saja tinggi tapi mindanya masih bertaraf rendah. Malahan baru balik kononnya dari buat master tapi cara berfikir belum berubah. Masalahnya masih tidak memahami keadaan sekeliling. Aku memang geram dan marah dengan perndekatannya bercakap. Mungkin dia memikirkan cara dia itu yang paling bagus. Itu le bila kurang memahami bangsa dan budaya rakan2 sekeliling.

Semalam saya terkejut dengan kata2 pegawai 52 yang baru mau join KKM. Dalam kerentakan berbual tiba2 dia tanya..."puan asal dari mana?" .Aku jawab," Saya dari Kota Belud, Sabah". Maka dia rasa bangga menyatakan "Oh padan le cara bercakap tu lain". Adakah patut seorang pegawai tinggi kerajaan bercakap demikian. Memang aku menyampah betul dengan caranya. Memang kerap terjumpa orang semenanjung cakap macam dia. Seolah2 mereka bangga dapat meneka .Mungkin dia sengaja menunjuk2....kau orang Sabah rupanya. Kenapa dia tidak diam saja dan bercakap sendiri oh betul le firasat saya.

Memang betul2 tidak ada budi bahasa dan kurang ajar. Sepatutnya dia kena guna skill pr yang cantik supaya hubungan lebih mesra dan saling menghormati. Ini sebaliknya berlaku aku jadi benci dan hilang rasa hormat.

Sejak dulu orang semenanjung sering berkata seperti itu dengan aku. Malahan...perkara sering dilontar seperti "padan le"," no wonder" tidak heran jika gitu" , "aku dah agak le" dll. Insiden berekaan amat jarang dan jarang berlaku di Sabah. Kalangan orang Sabah lebih suka bertanya kpd jiran, kekawan dan rakan sekerja bagi mendapatkan latar belakang. Atau ada yang bertanya sendiri tapi tidak timbul dailog2 berkenaan.

Adalah dicadangkan dibuat kursus membudaya bahasa di kalangan kemenetrian ini supaya tau cara menghormati dan menghargai rakan dalam 1 Malaysia. Tidak perlu asyek mengatakan perkara yang sama walaupun dah ada dua... perkataan itu boleh menyinggung perasaan kerana seolah2 orang Sabah bukan orang Malaysia.

No comments:

Post a Comment