Wednesday, November 27, 2013

Warga Malaysia jadi hamba di London

Ada cerita seorang wanita Malaysia membawa diri di London kononnya disebabkan cintanya tak kesampaian. Dia putus tunang semasa belajar di luar negara. Benarkah begitu? Namun ada cerita lain, wanita ini Siti Aishah 69 tahun telah terlibat dengan kegiatan kurang sihat sehingga sanggup berpisah dengan tunangnya. Dia telah menghilangkan diri sejak 30 tahun yang lalu. Aishah meninggalkan Malaysia pada tahun 1968 bersama tunang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur bahan selepas mendapat Biasiswa Komanwel. Tentu kedua-dua mereka yang pelajar yang pintar kerana mendapat tajaan. Sayang seribu kali sayang , Aishah terutama terpengaruh dengan fahaman yang memudaratkan dirinya sendiri. Dia menjadi ahli dan bergiat aktif sebagai aktivitis mahasiswa berhaluan kiri yang berfahaman komunis.
Kini Siti Aishah Abdul Wahab menjadi hamba dan dikurung di London selama 30 tahun oleh sepasang suami isteri, iaitu Balakrishnan dan Chanda. Apakah Aishah perolehi dari perjuangan itu? Timbul rasa terkilan kerana dia seorang pelajar yang pintar tapi kini menjadi hamba di selatan London. Lagi rasa rugi kerana disebabkan fahaman melampau itu menyebabkan beliau gagal dalam penggajiannya. Ternyata bukan semuanya indah dan gah bila berada dan belajar di Kota London. Bila tersasar akhirnya rugi hingga usia emas jadinya. Apakah terjadi seterusnya dengan Siti Aishah?

Tarian "panas" di pub rimba

Kenapa mesti menjadi GRO? Banyak lagi kerja lain yang lebih baik dari itu. Kewujudan GRO itu antara sebab rimba menjadi konsep untuk buat pub maksiat. Konsep itu digunakan tentunya untuk mengkaburkan pasukan pencegah maksiat dari menyerbu untuk perbuatan yang kurang senonoh. Baru-baru ini ada laporan tentang tarian "panas" di sebuah pusat hiburan yang terletak sebuah kawasan di Cheras.Konsep pusat itu hutan rimba. Suasananya gelap dan bahan benaannya dari buluh. Pub ini menyediakan pelayan pelanggan (GRO) seksi dari kalangan warga asing- Thailand dan Vietnam. Selain itu, ada jugak disediakan siaran tarian erotik di televisyen untuk tetapan pelanggan. Pusat hiburan itu beroperasi tanpa lesen dan telah empat kali diserbu sebelum ini. Namun pemiliknya terus berdegil dengan membuka semula premis berkenaan. Apa jenislah manusia seperti ini??? Perbuatan seperti itu tidak menghormati undang-undang yang ada. Sewajarnya pemilik premis itu ditangkap dan didenda supaya serik dan tau perbuatan itu salah.

Rozita Che Wan berdebar

Aduhaiiii Rozita Che Wan. Selepas empat tahun spekulasi tentang hubungan sebenar dia dengan Zain Saidin, akhirnya pasangan selebriti popular tanahair ini menemui kata sepakat. Tentunya Rozita Che Wan berdebar menunggu cinta yang disemai ke jenjang pelamin pada 11 Disember tak lama lagi. Majlis gemilang Rozita Che Wan atau Che Ta mendapat tajaan daripada 28 penaja yang keseluruhannya bernilai RM13 juta. Amboiii jumlah yang bukan sedikit. Malahan jumlah itu mencatat sejarahnya sendiri dalam siri perkahwinan artis popular di negara ini. Majlis persanding Che Ta dan Zain akan diadakan sekali sahaja bertempat di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, Selangor. Satu tempat yang indah dan berpretij.
Rozita Che Wan 40 menyatakan berdebar2 ketika ditanya oleh akhbar Harian Metro menunggu hari untuk bergelar isteri orang semula. Jodoh Tuhan yang tentukan buat Che Ta sehingga dia menemui cintanya ada pada Zain 29. Perbezaan usia mereka 11 tahun tapi ternyata bukan penghalang untuk membina mahligai perkhwinan dengan insan tersayang.

Tuesday, November 26, 2013

Rozita Che Wan dan Zain memilih adat lama

Nampak Rozita Che Wan dan Zain Saidn moden tapi rupa2nya begitu mementingkan tradisi moyang - Melayu. Kini mereka memilih untuk memenuhi adat lama yang indah. Lalu mereka sepakat untuk tidak bertemu sehingga disatukan pada tarikh keramat itu - 11 Disember 2013. Pastinya rindu membara dan membuak2. Bahasa cinta mereka terus menjerit manja gitu. Che Ta dab Zain rela "berpisah" demi memenuhi adat lama satu pengorbanan yang jarang2 dilakukan. Tak pa Che Ta buat le apa yang senang dan tenangkan diri. Segalanya mencipta kenangan untuk diri Che Ta. Selain itu, pelakon jelita beranak dua ini juga akan membuat rawatan di pusat kecantikan yang menajanya. Tentu bertambah tercerlah le nanti kejelitaan Che Ta. Tak sabar nak tengok Che Ta menjadi pengantin. Mungkin dia bakal pengantin wanita termahal di Malaysia.

Jelita Rozita Che Wan Tiada Tandingan

Jelita dan cantik memang milik Rozita Che Wan. Apapun dia pakai nampak cantik. Sangat cantik. Tak puas dipandang. Tak hairan ramai anak2 muda suka dengan dia. Nah Zain Saidin memang bertuah dapat memikat hati Che Tah yang seorang ini. Che Ta pun tak sombong. Foto2nya jarang tak senyum.
Bila dia bercakap pun biasa saja. Bila bercakap dia diiringi senyuman yang manis. Marahpun matanya masih senyum. Tak mengada2 caranya. Dia tenang saja. Masih kekal stail dia. Tidak seperti sebahagian artis popular lain tu siap cakap campur bahasa orang putih lagi. Kononnya nak nampak ada stail. Jadi ternyata bukan cakap campur2 itu penyebab untuk kekal di persada seni dan popular. Teruskan stail tersendiri itu wahai Rozita yang jelita.
Moga terus jelita selepas menjadi isteri Zain. Paling penting menjadi isteri yang baik. Zain pula kena jaga hati dan diri Che Ta betul2.Kini 11 Disember 2013 menjadi tarikh bersejarah untuk Che Ta dan Zain.

Cincin nikah Rozita Che Wan seberat 4.5 karat dan MAHALLLL

Anak darah atau ibu tunggal bukan ukuran untuk nilai sebuah cincin sempena pernikahan. Ini terbukti dengan artis popular dan mewah di media, Rozita Che Wan yang telahpun mengesahkan tarikh pernikahanya dalam sidang media khas. Beliau bakal menerima cincin bertatahkan berlian jenis Marquise dengan rekaan eksklusif yang harganya RM93,000.00. Berat cincinnya 4.5 karat. Kos semangat padan le dengan harganya. Begitu le yang saya baca di media. Tentunya cincin itu amat istimewa khususnya buat Rozita Che Wan atau Che Ta.

Rozita Che Wan buat sidang media dah tentang majlis kahwin

Akhirnya pelakon jelita Rozita Che Wan buat pengakuan dalam sidang media akan bernikah pada 11 Disember 2013. Berita gembira. Alhamdulilah. Pengumuman Che Ta dan Zain Saidin itu memang ditunggu2 ramai. Malahan sebelum ini macam2 andaian dan cerita di media tentang 2 artis glamor ini. Tidak hairan le cerita mereka menjadi perbualan hangat kerana kedua2nya ada nama dan popular. Che Ta seorang ibu tunggal yang ada klasnya tersendiri. Saya memang suka dengan cara Che Ta. Dia tak kisah dengan apa orang kata. Bagus le jika macam itu. Lagipun nak sekat orang bercakap buang masa sahaja. Bila mereka penat dan puas tentunya akan berhenti. Tabik dengan pendirian Che Ta. Moga bahagia hingga ke hujung nyawa ye. Walaupun tidak mendedahkan jumlah wang keseluruhan yang mereka keluarkan untuk majlis perkahwinan yang bakal menjadi Wedding of The Year ini namun banyak yang menaja majlis mereka. Yang jelas mas kahwin bernilai RM9,300.00. Wang hantaran pula sebanyak RM23,200.00. Wowww banyak tu. Tahniah. Memang suatu yang amat mempesonakan.

Monday, November 25, 2013

Anak tukang besi

Memang tak pernah kusangka berada di tempat sekarang. Dulu aku cari kerja untuk menampung hidup. Aku mahu membantu ibu dan bapaku. Mau ringankan beban bapakku yang kerjanya sebagai tukang besi. Memang kasian tengok dia memukul besi sejak awal pagi untuk dijadikan senjata seperti parang, pisau ataupun pedang. Biasanya dia kerja seorang2. Ibu pula membantu hingga ke malam. Dia memutihkan senjata itu di waktu siang. Manakala di waktu malam memasirkan sarung senjata. Memang aku tak dapat lakukan keja itu sebaik mereka ketika itu. Aku cuba membantu sekadar yang mampu saja. Amat menyentuh jika dikenang2. Bersambung.... episod 2

3 Disember mereka datang

Rindukah itu??? Memang tak sabar menunggu mereka datang. 3 Disember 2013 ini ibu,kakak, adik2, anak2 buah serta pakcik dan makcik akan datang ke Putrajaya. Inilah pertama kali mereka datang beramai2 selama aku berada di Semenanjung Malaysia sejak tahun 1992. Betapa lama aku menunggu kedatangan itu. Mudah2an segala perjalanan itu dipermudahkan Allah swt. Tetamu ramai tak masalah tempat tinggal sebab aku dah dapat rumah baru yang besar dan selesa. Alhamdulilah. Tak perlu berbaris untuk menunggu giliran untuk ke bilik air. Kawasan laman pun luas. Tempat letak kereta pun ada. Yang menarik untuk kanak2 ialah taman permainan betul2 terletak di depan rumah. Namun yang lebih penting aku bersama ibu dan keluarga berkumpul ramai2 di rumah itu. Kini masih memikirkan senarai program yang bakal ditempoh bersama2. Ya Allah permudahkan kami menjalani kehidupan ini.

Tiba2 resah dan marah

Aku tak tau kenapa tiba-tiba resah tiba-tiba marah kepala macam nak pecah telinga berdegung jadinya resah dan marah kenapa kau datang dada berdebar-debar minda bagai diulit rimas yang ganas Aku benci dengan resah aku benci dengan marah aku mau mewah dengan sabar aku mau kaya dengan bahagia aku aku aku mau keredhaan-Nya Ya Allah aku mohon keampunan dan kerahmatan-Mu jua.

Rindu sangat2

Salam kekawan semua. Agak lama aku tak menulis. Bukan merajuk tapi sibuk. Ruang untuk bersama itu terlalu terhad. Kini tiba2 amat rindu untuk bersama. Mencatat sekadarnya saja. Rindu itu bukan paksaan. Rindu itu realiti untuk bersama. Di ketika ini kepala amat sakit. Telinga berdegung. Memang tak selesa. Tapi kugagahi jua untuk menulis bait2 kata. Sekadar melepaskan diri yang tersemat di dada. Lega seketika bila mengisi ruang untuk berbicara. Bila terbaca kisah Che Rozita Che Wan buat PC menjadikan semangat untuk menulis itu membara. Nah jika tak buka kisah Che Tah dah tentu aku belum bicara lagi. Bukan tak ingat tapi masa amat terhad. Ada saja yang perlu dibuat. Segera itu selalu berada di sisi. Kena utamakan keja. Alhamdulilah kita telah berbicara. Moga bertemu lagi. Aduhai rindu kau akan datang lagi ye...