Monday, November 25, 2013

3 Disember mereka datang

Rindukah itu??? Memang tak sabar menunggu mereka datang. 3 Disember 2013 ini ibu,kakak, adik2, anak2 buah serta pakcik dan makcik akan datang ke Putrajaya. Inilah pertama kali mereka datang beramai2 selama aku berada di Semenanjung Malaysia sejak tahun 1992. Betapa lama aku menunggu kedatangan itu. Mudah2an segala perjalanan itu dipermudahkan Allah swt. Tetamu ramai tak masalah tempat tinggal sebab aku dah dapat rumah baru yang besar dan selesa. Alhamdulilah. Tak perlu berbaris untuk menunggu giliran untuk ke bilik air. Kawasan laman pun luas. Tempat letak kereta pun ada. Yang menarik untuk kanak2 ialah taman permainan betul2 terletak di depan rumah. Namun yang lebih penting aku bersama ibu dan keluarga berkumpul ramai2 di rumah itu. Kini masih memikirkan senarai program yang bakal ditempoh bersama2. Ya Allah permudahkan kami menjalani kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment