Wednesday, November 27, 2013

Warga Malaysia jadi hamba di London

Ada cerita seorang wanita Malaysia membawa diri di London kononnya disebabkan cintanya tak kesampaian. Dia putus tunang semasa belajar di luar negara. Benarkah begitu? Namun ada cerita lain, wanita ini Siti Aishah 69 tahun telah terlibat dengan kegiatan kurang sihat sehingga sanggup berpisah dengan tunangnya. Dia telah menghilangkan diri sejak 30 tahun yang lalu. Aishah meninggalkan Malaysia pada tahun 1968 bersama tunang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur bahan selepas mendapat Biasiswa Komanwel. Tentu kedua-dua mereka yang pelajar yang pintar kerana mendapat tajaan. Sayang seribu kali sayang , Aishah terutama terpengaruh dengan fahaman yang memudaratkan dirinya sendiri. Dia menjadi ahli dan bergiat aktif sebagai aktivitis mahasiswa berhaluan kiri yang berfahaman komunis.
Kini Siti Aishah Abdul Wahab menjadi hamba dan dikurung di London selama 30 tahun oleh sepasang suami isteri, iaitu Balakrishnan dan Chanda. Apakah Aishah perolehi dari perjuangan itu? Timbul rasa terkilan kerana dia seorang pelajar yang pintar tapi kini menjadi hamba di selatan London. Lagi rasa rugi kerana disebabkan fahaman melampau itu menyebabkan beliau gagal dalam penggajiannya. Ternyata bukan semuanya indah dan gah bila berada dan belajar di Kota London. Bila tersasar akhirnya rugi hingga usia emas jadinya. Apakah terjadi seterusnya dengan Siti Aishah?

No comments:

Post a Comment