Wednesday, November 27, 2013

Rozita Che Wan berdebar

Aduhaiiii Rozita Che Wan. Selepas empat tahun spekulasi tentang hubungan sebenar dia dengan Zain Saidin, akhirnya pasangan selebriti popular tanahair ini menemui kata sepakat. Tentunya Rozita Che Wan berdebar menunggu cinta yang disemai ke jenjang pelamin pada 11 Disember tak lama lagi. Majlis gemilang Rozita Che Wan atau Che Ta mendapat tajaan daripada 28 penaja yang keseluruhannya bernilai RM13 juta. Amboiii jumlah yang bukan sedikit. Malahan jumlah itu mencatat sejarahnya sendiri dalam siri perkahwinan artis popular di negara ini. Majlis persanding Che Ta dan Zain akan diadakan sekali sahaja bertempat di Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, Selangor. Satu tempat yang indah dan berpretij.
Rozita Che Wan 40 menyatakan berdebar2 ketika ditanya oleh akhbar Harian Metro menunggu hari untuk bergelar isteri orang semula. Jodoh Tuhan yang tentukan buat Che Ta sehingga dia menemui cintanya ada pada Zain 29. Perbezaan usia mereka 11 tahun tapi ternyata bukan penghalang untuk membina mahligai perkhwinan dengan insan tersayang.

No comments:

Post a Comment