Tuesday, November 26, 2013

Rozita Che Wan buat sidang media dah tentang majlis kahwin

Akhirnya pelakon jelita Rozita Che Wan buat pengakuan dalam sidang media akan bernikah pada 11 Disember 2013. Berita gembira. Alhamdulilah. Pengumuman Che Ta dan Zain Saidin itu memang ditunggu2 ramai. Malahan sebelum ini macam2 andaian dan cerita di media tentang 2 artis glamor ini. Tidak hairan le cerita mereka menjadi perbualan hangat kerana kedua2nya ada nama dan popular. Che Ta seorang ibu tunggal yang ada klasnya tersendiri. Saya memang suka dengan cara Che Ta. Dia tak kisah dengan apa orang kata. Bagus le jika macam itu. Lagipun nak sekat orang bercakap buang masa sahaja. Bila mereka penat dan puas tentunya akan berhenti. Tabik dengan pendirian Che Ta. Moga bahagia hingga ke hujung nyawa ye. Walaupun tidak mendedahkan jumlah wang keseluruhan yang mereka keluarkan untuk majlis perkahwinan yang bakal menjadi Wedding of The Year ini namun banyak yang menaja majlis mereka. Yang jelas mas kahwin bernilai RM9,300.00. Wang hantaran pula sebanyak RM23,200.00. Wowww banyak tu. Tahniah. Memang suatu yang amat mempesonakan.

No comments:

Post a Comment