Friday, March 17, 2017






Lagu PUTRAJAYA

Betapa indahnya ilham tercipta
Minda disulam ilmu bermakna
Rimba oh rimba bertukar wajah
Sebuah adunan wira bangsa
Wajah tersergam megah
Oh Putrajaya
Di dadamu ada segalanya
Inilah usaha membina
Semangat bangsa
Menyerlah menyala
Ooo… maju jaya
Putrajaya….
Lambang kemegahan
Menegak perjuangan
Menggenggam kemuliaan
Darjat bangsa diutamakan

Putrajaya….
Bandar dalam tanam
Bervisi padu budaya warisan
Putrajaya….
Bandar bistari khayalan termetri
(solo)
Di pinggir tasek menghayun langkah
Angin segar menyapa mata
Seri Perdana indah pesona
Sambil bersyukur dan berdoa
Menyulam zikir hati terusik
Langkah disusun ke masjid cantic
Wooo…
Malam bercahaya penuh makna
Betapa tinggi nilai ilham tercipta
Lalu dunia melihat kita
Malaysia maju berganda tanpa meminta

Putrajaya…
Bandar alaf baru dan murni nyata
Menyatakan cipta adunan Malaysia
Lambing keutuhan cinta padamu Malaysia
Putrajaya…..

Senikata : Ariah Judah
Seni lagu : Ishak Atan
Gubahan semula : Leman

#ariahjudah



No comments:

Post a Comment