Friday, March 17, 2017

Kini berada di Bahagian Penerbitan Dasar Negara



Assalamualaikum.  Agak begitu lama tak mencatatkan dlam blog ariahjudah ini. Maaf le kekawan yang mengikuti blog ini.  Saya amat menghargai kalian.  Inn sha Allah saya akan berusaha untuk aktif menulis dalam blog ini semula.  Saya insan yang kerdil tentu ada kelemahan di mana2.

Kini bermula dengan sedikit catatan perpindah tempat bertugas baru saya.  Mulai 16 Januari 2017 saya ditukar ke Bahagian Penerbitan Dasar Negara (PDN)  sebagai Pengarah dengan gred S54.  Alhamdulillah.  Ini kali kedua saya bertugas di bahagian ini tapi dalam suasana yang berbeza. 

Sebenarnya, saya tak pernah terfikir akan menjadi Pengarah PDN dan akan menjawat S54 ini. Sesungguhnya tak terasa selepas 27 tahun menjadi Pegawai Penerangan saya mendapat kenaikan pangkat ke S54.  Segalanya rezeki dari Allah swt. Inn sha Allah saya cuba berusaha untuk memikul tugas berat ini. Pengalaman terlalu sedikit dalam bidang penerbitan.  Sekadar menulis atau mencatat sedikit pengalaman dan pengetahuan itu tak cukup untuk melaksanakan tugas sebagai Pengarah PDN.

Moga warga PDN yang sedia ada dan berpengalaman sentiasa bergerak bersama2 saya dalam usaha melaksanakan tanggungjawab ini.  Bahagian ini banyak tanggungjawab walaupun secara luarannya ada yang mungkin menganggap tidak sesibuk mana.  Sebenarnya itu tanggapan yang tak tepat.  Mungkin disebabkan tugas2 di bahagian ini lebih banyak berada di dalam pejabat ( kena keluar juga dapat bahan) dan kemudahan internet dan telefon.

Kini PDN sedang menyiapkan enam (6) jenis buku yang berkaitan dengan Majlis Pertabalan YDP Agong ke-15 yang akan berlangsung pada 24 April 2017.  Buku2 ini banyak melibatkan Biupa dan Istana Negara selain pihak JaPen sendiri.  Setakat ini ada bahan yang belum diperolehi lagi.  Moga dalam sedikit masa lagi segalanya akan lengkap.

PDN sebenarnya masih relevan dengan perkembangan dunia sekarang. Apa yang perlu komitmen dan semangat juang warganya.  SELAMAT BERJUANG PDN.

#ariahjudah

No comments:

Post a Comment