Tuesday, March 28, 2017

Apa itu politik?



Assalamualaikum.  Salam Negaraku Malaysia. Ada sedikit mau diceritakan dalam blog #ariahjudah petang ini. Bukan tujuannya mempengaruhi atau menagih sokongan tetapi sekadar kongsikan pendapat atau idea kecil saja.

Mari kita lihat tentang politik kerana orang sekarang sikit2 cakap  itulah politik.   Seolah2 segala yang berlaku yang berkaitan dengan rakyat disebabkan politik. Begitu le yang kerap saya dengar. Politik itu jika dinyatakan secara ringkasnya satu kuasa yang ada dalam diri seseorang individu yang dikenali sebagai politikus.  Seorang politikus itu kerap memanipulasikan kata2 atau ayat2 tertentu untuk mendapat pengaruh atau sokongan demi memantapkan kuasanya yang cemerlang.

Namun perlu diingatkan dalam kehidupan berpolitik itu tidak semestinya  semata2nya untuk mengajar kuasa. Malahan untuk meraikan keuntungan peribadi. Atau semata2 untuk menjadi popular. Jauh sekali untuk melahirkan perasaan benci dalam kalangan penyokong atau orang ramai.  Kini, di Malaysia seolah2 tren berpolitik untuk mewujudkan kebencian ata fitnah. Kenapa perkara ini berlaku? Apa tujuannya? Mungkin tindakan demikian mendatangkan kerugian. Ia seolah2 mengorbankan peranan berkasih kasih sesama insan.

Selain itu, dalam keadaan di negara masa kini orang ramai begitu sinonim dengan politik itu penuh dengan negatif. Malah, amat malang sekali politik hari ini bagaikan dicemari dengan kemarahan, fitnah, menimbulkan salah faham antara satu sama lain dan sifat perkauman yang sempit. Sampai bila perkara ini akan berlaku? Siapakah yang perlu disalahkan?

Saya ingin nyatakan di sini, secara rasionalnya politik itu suatu yang positif.  Banyak kebaikan dalam politik itu sendiri jika mereka yang berpolitik itu ada ilmu yang cukup dan mempraktikkannya. Politik itu pengertian sebenarnya satu usaha yang baik untuk mencapai urus tadbir yang sistematik dan cemerlang bagi membangunkan negeri atau negara.  

Nah, apa kata sudah tiba masanya diwajibkan dalam politik itu elemen intergiti, ketelusan, urus tadbir baik dalam mengurus pembangunan ekonomi dan sosial pada masa hadapan dipraktikkan sepenuhnya.  Tindakan ini juga dapat mengelakkan unsur2 rasuah terjadi sama ada secara sedar atau tanpa sedar seperti yang berlaku sekarang.



Ketemu lagi....

#ariahjudah2017


No comments:

Post a Comment