Thursday, April 28, 2016

PRN Sarawak

Assalamualaikum. Agak lama tak bertemu di blog #ariahjudah. Moga semuanya sihat dan bahagia. 
Ingin dikongsikan di sini sedikit mengenai perjalanan saya. Siang tadi saya tiba di bumi Kenyalang. Datang ke sini kerana tugas. Memang tertanya2 apakah keadaan pertugasan kali ini. Besar harapan supaya segalanya baik2 saja.

Keadaan di sekitar Kuching biasa2 saja walaupun hanya 9 hari saja lagi pilihanraya bakal diadakan. Suasana tenang dan bendera pun jarang2 saja kelihatan.  Cuma bila masuk kawasan Kampung Melayu terdapat beberapa tempat yang begitu meriah dengan kibaran bendera. Baru terasa nak pilihanraya.

Sempat rehat seketika di hotel.  Selepas itu saya bersama seorang pegawai melawat ke Pejabat Penerangan Bahagian Kuching.  Sayangnya petugas pelaporan tiada di pejabat kerana mereka masih berada di lapangan. Haji Ibrahim Hashim dan pegawai2nya melawat Penerangan Bau kerana tugas jugak.

#myhebat
@ariahjudah

No comments:

Post a Comment