Tuesday, April 5, 2016

Polis turunkan caj saman


Mari kita kongsi maklumat di blog #ariahjudah ni pasal polis akan kurangkan caj saman trafik. Alhamdulilah saya amat jarang terlibat dengan kesalahan trafik ini.  Takat ini pun tiada saman yang besar2.  Saya kena saman disebabkan tempat letak kereta. 
Bagi yang selalu kena saman dan ada yang kumpul jumlah saman hingga beribu2. Amboiiii banyak itu. Yang penting bayar saman tu ok. Biasanya bila elak bayar saman tak boleh hiduokan road tax. Bayar le jugak
Berita yang dikeluarkan bahawa Kementerian Pengangkutan bercadang menurunkan kadar saman trafik daripada RM300 kepada RM150 bagi kesalahan tertentu suatu yang pasti menggembirakab pengguna jalanraya.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, bagaimanapun cadangan berkenaan perlu mendapat kelulusan Kabinet serta pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan.
Penurunan caj itu masih dalam cadangan antara kementerian dan kerajaan untuk kesalahan tertentu dan diberi tempoh tertentu Sebagai contoh, RM150 mesti dijelaskan dalam tempoh enam bulan, jika gagal jelaskan dalam tempoh ditetapkan jumlahnya akan meningkat.  Maknanya janganlah berlengah-lengah, jika tidak mau bayar lebih.
Buat masa ini terdapat kira-kira dua juta saman yang belum dijelaskan oleh orang kena saman ekoran pelaksanaan penangguhan pembayaran saman AES sejak 2012. Suatu jumlah yang bukan sedikit dan diharap mereka yang berkenaan akan membayar sama tersebut.
#myhebat
#withlovetogether

No comments:

Post a Comment