Tuesday, April 5, 2016

Cuaca panas melampau



Cuaca panas yang melanda negara ini  menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.  Ramai yang mengalami batuk, selsama  dan demam.  Malahan ada yang sakit kepala berpanjangan. Keadaan panas yang terik jugak menyebabkan caj elektrik bertambah dan bakal membebankan rakyat membayar bil. Apapun keadaan itu perlu dihadapi dengan tabah dan sabar.
Baru2 ini ada dibincangkan tentang keadaan bekalan air di beberapa empangan yang mungkin berdepan dengan masalah penurunan .  Setakat ini tiada catuan air dilaksanakan meskipun paras air di enam empangan dilaporkan kritikal ekoran musim panas yang berpanjangan.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, enam empangan yang merekodkan paras air kritikal antara 20.14 peratus dan 33.9 peratus sehingga akhir Mac lepas ialah Timah Tasoh di Perlis; Lebam dan Layang di Johor; Milau dan Babagon di Sabah serta Gemencheh, Negeri Sembilan.
Untuk menghadap masalah ini , Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bersama2  Kementerian Sumber Asli telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau paras air dan jumlah air diproses untuk kegunaan rakyat.
Tindakan bijak ini satu strategi terbaik dan wajar  dipuji kerana memahami keperluan rakyat. 
Manakala  pembinaan empangan Langat 2, ada dinyatakan bahawa masa ini projek itu sudah 60 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019. JIka empangan berkenaan siap, maka ia suatu projek keramat kepada rakyat Malaysia.
#myhebat
#ariahjudah


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz451K88gOW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment