Tuesday, April 5, 2016

Kontrovesi banglo Lim Guan Eng - apa dah jadi????



Assalamualaikum.  Apa khabar semua?  Agak lama tak menulis di blog #ariahjudah ini. Kali ini saya tertarik untuk kongsi sikit hal politik le ye... Ini pasal Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.  Dia seorang yang amat pintar kononnya. Dia juga seolah yang amat bertuah kerana dapat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun dia berasal dari negeri lain.  Kini timbul berita panas berasap  di media tentang banglo di pulau mutiara itu.  Lim Guan Eng beli banglo cantik itu  dengan harga  sangat rendah.  Apa sudah jadi ni ye????? Phang Li Koon kononnya yang jual banglo mewah kepada Guan Eng . Baik betul hati dia ni sebab jual dengan harga rendah dari harga yang sebenarnya.  Yang beli tu seorang Ketua Menteri dan tentunya tiada masalah kewangan. Kontroversi isu banglo Guan Eng ini menjadi topik di media.  Masih panas hingga sekarang. Sebelum ini tiada pihak pembangkang dikaitkan dengan rasuah.  Nah!!!!  ini pecah rekod namanya. Ada yang kata kononnya pembangkang tiada yang terlibat dengan perkara2 negatif gini.

Terus le bela diri ye cuma jangan sampai berbohong pulak. Elakkan tuduh orang lain dan rekacipta cerita demi kepentingan diri.  Yang penting bagi maklumat yang sahih. Selama ini pihak sebelah saja yang banyak bersilat.  Sesekali sebagai orang awam teringin jugak memerhati pihak pembangkang pulak yang bersilat.  Jangan takut jika bukti ada tiada masalah. Isu banglo Lim Guan Eng ini hampir sama dengan isu banglo Khir Toyo.  Puas Khir Toyo naik turun mahkamah untuk mempertahankan diri tidak bersalah. Nasib tidak menyebelahi bekas Ketua Menteri Selangor itu.  Kini giliran Lim Guan Eng pulak ye.  Undang2 perlu dihormati oleh semua rakyat di negara ini.
 #myhebat #ariahjudah

No comments:

Post a Comment