Thursday, April 28, 2016

Anak kecil tinggal sebatang kara kerana ibu dan bapaknya ditangkap

Hati tersentuh dengan cerita Asram yang kehilangan ibu dan bapa kerana ditangkap pihak berkuasa. Mari kita kongsi dalam #ariahjudah ini sedikit cerita tentang sikecil ini.  Ketika kami berjalan2 di bandar Sandakan - Maya, Abby dan Farizah terjumpa seorang kanak2 tidur di depan restoran KFC. Dia nyenyak tidur walaupun panas terik memancar ke muka.  Kenapa dia memilih untuk tidur di depan restoran makanan segera itu?  Mungkin kah dia lapar? Atau teringin untuk makan KFC. Mereka kejutkan dia setelah belikan dia sebungkus KFC.  Alangkah terkejutnya Asram.  Dia tertunduk malu tapi tangannya menyambut lemah bungkusan makanan itu. Semasa ditanya di mana ibu dan bapaknya, dia gitau mereka ditangkap pasukan keselamatan. Dia tinggal keseorangan dan cuma tidur di pasar. Selepas itu, dia pun pergi dengan kaki tanpa alas.

Ketika kami makan lewat petang tanggal 21 April 2016 tiba2 Asram lalu lagi kawasan tepi laut itu. Abby panggil dan pelawakan dia makan.  Mulanya dia agak segan tapi setelah dipujuk Abby, Maya, Farizah dan Aizat akhir dia duduk bersama dan makan.  Kami order nasi goreng dan milo ais.  Air dia abis tapi dia cuma makan nasi sedikit.  Mungkin perutnya biasa makanan sedikit. Cuma dia suka makan gula2 yang Abby bagi. Memamg kasian betul tengok keadaan Asram.

Tiba2 mereka mencadangkan supaya Asram mandi kerana keadaannya kurang bersih. Tercapai impian itu apabila Aizat bersetuju untuk tumpangkan Asram mandi di biliknya. Pada mulanya Aizat memberi macam2 alasan. Memang wajar kerana perlu beringat sebelum kena. Esok paginya Asram sarapan pagi dengan Aizat di hotel.  Baju dia pun dah bertukar. Wak Firdaus yang bagi baju. Selepas sarapan Aizat bawa Asram beli selipar. Kini dia telah ada alas kaki untuk berjalan di atas simen yang panas setiap hari.

Kami balik ke Kuala Lumpur setelah selesai tugas di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan.  Dalam perjalanan ke airport nama Asram terus disebut2. Ada rasa sayang di hati Maya, Abby, Aizat, Wak dan Abu.  Sesekali jadi gurauan dalam perbualan.  Namun, apakah akan terjadi dengan Asram, seorang kanak berumur 10 tahun yang berbadan kecil.  Ibu dan bapaknya ditangkap kerana tiada dokumen. Mereka adalah pelarian tanpa izin. Asram tak bersalah dan terpaksa menempuh hidup penuh dugaan dan seksa.  Moga anak kecil itu ada cahaya untuknya.
#ariahjudah
#myhebat



No comments:

Post a Comment