Sunday, February 21, 2016

MOCA ajak bertudung dan berpurdah


Bisikan dalam hatiku berdakwah untuk bertudung dan  berjubah itu memang bagus. Kenapa mesti berpurdah? Budaya berpurdah diamalkan orang orang2 Arab. Suasana di negara ini tak begitu sesuai berpurdah. Macam2 boleh berlaku terutama brkaitan dengan keselamatan. MOCA adalah Pertubuhan Kebajikan Aurat Malaysia yang dibentuk pada 22 Oktober 2014. Ia didaftarkan di Pendaftaran Pertubuhan pada 2 November 2015 yang lalu.

Bukan tujuan untuk menyekat apa lagi membantah. Tidak sama sekali. Namun, aktiviti dakwah hakikatnya  semestinya berjubah dan berpurdah.  Yang penting menutup aurat seperti yang dituntut dalam Islam. Kalau berjubah ok boleh terima le. Berjubah ke pejabat hari2 pun amat tidak digalakkan. Berjubah hitam secara beramai2 pun kurang menarik. Kita seperti berada di tanah Arab pulakkk. Memang suatu yang murni mengajak kaum wanita dalam kalangan Islam  untuk menjaga akhlak dan akidah mereka.  Namun, pendekatan MOCA meminta supaya wanita di luar sana menutup wajah dengan niqab dan hanya menutup muka agak meruncingkan.

Berjubah memang selesa. Sejak dulu penyalahangunaan jubah banyak berlaku. Ia akan terus berkembang jika promosi aktiviti  MOCA hot di mana2. Apa lagi jubah mereka berwarna warni. Cuma mau kongsi pengalaman. Pernah berlaku depan matanya sendiri seorang kenalan yang bertudung labuh dan sentiasa berjubah gelap tapi telah memalukan keluarga..Rupa2 dia mengandung anak luar nikah. Saya memang tabik spring dengan keperibadian yang dia ada. Namun, dengan berjubah dia dapat menyembunyikan perut yang terus membesar.  Akhirnya keluarga menanggung malu.  Selain itu,  ketika dulu seorang gadis yang namanya bermula dengan huruf A menyembunykan salib yang tergantung di dadanya dengan berjubah dan berpurdah.  Banyak lagi kes2 lain yang dikaitkan dengan  berjubah ini.  Ada juga yang mencuri dengan berjubah. Saya tau, tindakan MOCA itu murni cuma perlu juga difikirkan impak sebalikknya.

Masalah IS juga tidak hairan jika menyamar dengan memakai jubah dan berpurdah.  Apa lagi MOCA bergerak dengan kempen Street Dakwah atau jalanan. Menjadi harapan supaya gerakan MOCA ini mempunyai SOP yang jelas.  MOCA perlu ada ciri2 keselamatan yang  kukuh.  Kita tidak mau berlaku sudah terhantuk batu terngada. Keselamatan rakyat dan negara faktor penting dan diutamakan.  Perkembangan Islam yang syumul juga perjuangan suci yang perlu diperjuangkan sampai bila2.

Kini menurut presiden MOCA, Nur Qamadhia Al-Ebeni , pertubuhan ini bermula dengan keanggotaan 100 orang.  Keahlian MOCA adalah remaja, belia dan wanita yang sudah berumur 18 ke atas. Kini dalam tempoh yang suntuk telah berjaya mendapat lebih 1000 ahli yang berpusat di setiap negeri. Cuma saya tertanya2 MOCA jugak mempunyai ahli dalam kalangan yang bukan Islam. Katanya, mereka ini dibimbing ke arah menganut agam Islam. Harap perkara ini ditangani dengan baik supaya tidak menimbulkan perkara yang kurang manis nanti.

Secara peribadi saya nyatakan dalam blog ariahjudah ini, saya agak ragu dengan pendekatan Nur Qamardhia ini. Kurang senang dengan motif MOCA dijadi hab informasi Islam di negara ini. Siapakah Nur Qamardhia? Kita tidak mau negara ini Islamnya berindentitikan Islamnya wanita berjubah dan berpurdah semata2.  Purdah bukan amalan yang begitu sesuai di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia ini. Berdahwah tanpa berpurdah pun mampu menyebarkan ajaran Islam. Maaf jika ada yang kurang senang dengan tulisan dalam blog ini. 

Memetik kata2 Ustaz AHmad Dusuki Abd Rani seorang pendakwah bebas- dalam Islam tiada had menyampaikan dakwah sama ada dia lelaki atau wanita tetapi ada batas yang perlud dipatuhi. Menurut beliau wanita Islam tidak boleh terlalu menonjol dan terlalu ke hadapan dalam menyampaikan dakwah. Jadi MOCA perlu menjaga tatasusila seorang wanita terutama jika ada bergelar isteri supaya mendapat kebenaran suaminya. 


No comments:

Post a Comment