Wednesday, February 17, 2016

Peranan Tali Pinggang



Secara tradisinya tali pinggang itu digunakan untuk mengetatkan lilitan seluar. Pernah suatu ketika dulu saya amat minat memakai tali pinggang. Zaman remaja saya tentunya.  Macam2 jenis dan ukuran saya ada.  Yang pasti tali pinggang yang biasa2 saja la. Harga pun yang murah tapi cantik di mata saya.  Tali pinggang tu pun bukan sekadar untuk seluar tapi untuk blaus, gaun dan skat jugak. Tak terfikir untuk berfesyen pun masa itu. Sekadar mau pakai. Suka dan layan saja le.  Saya banyak guna tali pinggang bila ke pejabat. Ketika itu cuma ada seorang wanita muda Cina, namanya Shirly yang sesekali pakai. Tu pun tali pinggang ukuran kecil saja.

Mari kita kongsi dalam blog ariahjudah ini tentang peranan tali pinggang dalam dunia fesyen.  Tali pinggang berperanan besar dalam mempengaruhi penampilan dan menyerlah cita rasa pemakai. Umumnya, tali pinggang untuk lelaki rekaannya cenderung bersifat klasik . Ia lebih sederhana dari segi rekabentuk, bahan dan warna. Ia juga mudah diperolehi kerana banyak dijual di mana2 seperti di butik, pasaraya, pasar malam dan sebagainya.  Manakala, tali pinggang wanita, rekaannya lebih moden dan kreatif. Warnanya juga banyak variati dan saiznya pelbagai bentuk.

Tali pinggang boleh digayakan ke majlis rasmi mahupun santai.  Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, koderoi dan khakis bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri. Jika membeli tali pinggang untuk ke pejabat adalah lebih baik pilih dari bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. 

Untuk acara santai, pilih saja bahan dari kanvas, getah atau PVC. Walau bagaimanpun tidak semestinya yang berharga mahal dan berjenama itu sesuai untuk digayakan untuk semua acara. Ada yang mengatakan untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci.  Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.  Yang penting mampu, selesa dan sesuai dipakai.

Harus diingat jugak, pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahupun sandal. Penampilan lebih terserlah andai bijak menyuai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut. 

Selain itu, supaya tak pelik lubang pada tali pinggang harus sesuai dengan lilitan pinggang. Elakkan terlalu banyak tebuk kerana ia mencacatkan penampilan. Nanti ada pulak yang prasangka tali pinggang pinjam tak sepadan.

Ini jugak penting diketahui - biasanya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hingga le 50 inci. Jadi apa nak buat? Gini contohnya, andai saiz pinggang anda 32 inci, pilihan terbaik ialah tali pinggang bersaiz 36 hingga 40 inci.  Ini yang dinyatakan dalam artikel yang berkaitan dengan pemakaian tali pinggang suatu fesyen.#myhebat #ariahjudah

No comments:

Post a Comment